ShareThis

Thursday, July 19, 2012

Piala Pejuang P. Veerasenan ke 19

8 Julai 2012, Semenyih - Hari ini Pertandingan Bolasepak Pejuang Piala P. Veerasenan berlangsung buat kali ke-19. Pertandingan ini yang diadakan setiap tahun sejak 1993 untuk memperingati pejuang P.Veerasenan yang telah ditembak mati kerana memperjuangkan hak pekerja.







P. Veerasenan yang berjuang untuk hak dan kebajikan pekerja tanpa batasan kaum dan agama pada zaman pemerintahan British. Beliau merupakan salah seorang pemimpin kesatuan Pan-Malayan Federation of Trade Unions (PMFTU) yang progresif dan digeruni oleh pihak British. Beliau telah ditembak mati oleh pihak British pada 3 May 1949 ketika beliau berusia hanya 22 tahun. Sumbangan beliau kepada kaum pekerja Malaya pada masa itu tidak terhingga dan demi mengingati semangat perjuangan beliaulah pertandingan bolasepak P.Veerasenan diadakan.







Apa yang menarik adalah pada hari ini adalah seorang tetamu khas hadir ke Pertandingan P.Veerasenan. Beliau adalah bekas Ketua Cawangan Khas Taiping. Beliau telah bersara dari polis pada tahun 2004 tetapi beliau mengingati beberapa orang aktivis PSM kerana pernah bertembung dengan mereka di luar Kamunting semasa beliau bertugas. Nama beliau pun adalah Veerasenan. Beliau memberitahu bahawa bapanya telah menamakan beliau sempena nama Pejuang Veerasenan. Bapanya adalah seorang bekas anggota INA (Indian National Army) di bawah pimpinan Subbash Chandra Bose yang menentang Penjajah British di India. Anak bekas pegawai Polis ini terbaca mengenai Pertandingan Veerasenan dalam laman web dan memberitahu bapanya dan ini mendorong beliau untuk hadir untuk mengetahui siapakah P.Veerasenan ini. Nampaknya ramai orang telah menamakan anak mereka sempena nama Pejuang Veerasenan.







Berbalik kepada pertandingan pada kali ini, ianya dianjurkan adalah anjuran bersama Persatuan Penduduk Taman Manikavasagam, Pejabat Ahli Majlis Zon 18 – Sdr Arul dan Parti Sosialis Malaysia Cawangan Semenyih. Sebanyak 18 buah pasukan bertarung untuk merebut Piala Pejuang P. Veerasenan ini. Piala ini menjadi milik pasukan tuan rumah – Gemilang Semenyih FC (B) yang menewaskan pasukan AMC FC pada perlawanan akhir dengan jaringan 1-0.








No comments: