ShareThis

Wednesday, April 25, 2012

Jangan paksa kita jadi macam Mesir - cabar Mahasiswa di Dataran Merdeka

Hari ini, Sdr S.Arutchelvan, SUA PSM dijemput oleh Mahasiswa yang Occupy Dataran untuk hari ke 12 untuk berhujah mengenai pendidikan Percuma. Ceramah terbuka ini diadakan berhampiran dengan kawasan asal penginapan mahasiswa yang telah kini ditutup dengan halangan oleh DBKL.Sebelum itu, Prof Aziz Bari juga berceramah.

Keadaan menjadi kecoh apabila DBKL datang untuk merampas khemas mahasiswa yang baru hendak didirikan. Mahasiswa dan para penyokong kemudian melawan balik sehingga DBKL undur sedikit. Insiden ini menyebabkan mahasiswa untuk mencabar pihak DBKL untuk jangan cuba menukar sehingga rakyat Malasyia menjadi macam rakyat Mesir. Mereka juga mengingatkan pegawai DBKL bahawa mereka bekerja menggunakan duit rakyat dan meminta mereka jangan ampu kepada Najib Razak.

Ceramah terbuka di Dataran Merdeka

Suasana demokrasi jalanan semakin nyata

Aktivis Mahasiswa Bangkit menerangkan tujuan mahasiswa berkampung di dataran Merdeka

Pihak DBKL dihalang mahasiswa untuk terus merempuh

Anggota DBKL menunggu arahan dan was-was

Khalid Ismath berkata masa untuk rakyat tukar kerajaan

Lebih banyak halangan untuk mengurung Dataran Merdeka
Pemimpin Mahasiswa seperti Khalid Ismath, Safuan dan lain-lain terus membakar semangat dan komitmen mereka untuk meneruskan protes mereka di dataran Merdeka sehingga BERSIH 3 pada 28 April 2012.

No comments: