ShareThis

Wednesday, May 11, 2011

5 Mei - Dr Jeyakumar dedah isu Puan Chow di Kementerian Kesihatan





Hari ini Ahli Parlimen dan AJK Pusat PSM menghantar satu memorandum kepada Kementerian Kesihatan dan membuat aduan terhadap dua orang pakar Doktor. Memorandum hari ini diserahkan terus kepada DG baru dan adalah mengenai seorang yang kini sudah menjadi OKU bernama Chow Chooi Mei.

Pada tahun 2004 Pn. Chow Chooi Mei telah dimasukkan ke Hospital Besar Ipoh kerana mengidap penyakit Tibi. Malangnya Pn Chow telah menjadi buta dan juga mengidap “spastic paraplegia” yang bererti kedua-dua kakinya keras dan lemah, akibat dos ubat-ubat tibi yang terlalu tinggi. Pn Chown merupakan seorang balu yang hanya bergantung pada bayaran kebajikan. Selepas menunggu lebih 2 tahun dan tidak mendapat sebarang tawaran daripada Kementerian Kesihatan beliau telah menfailkan kes terhadap Kementerian Kesihatan pada tahun 2007.

Malangnya Kementerian Kesihatan main kotor! Kedua-dua pakar yang dihantar oleh Kementerian Kesihatan ke Mahkamah sebagai ‘expert witness” telah memberi makluman palsu yang mengelirukan mahkamah.

Pada Sesi Belanjawan 2011 (Disember 2010)yang lalu, Dr Jeyakumar telah membentangkan usul memotong gaji Menteri Kesihatan sebanyak RM 10 kerana tidak puas dengan cara kes Pn Chow ditangani oleh Kementerian.

Hari ini, Dr Jeyakumar diiringi oleh Ahli PSM yang lain termasuk SUA Agung, Sdr S.Arutchelvan.

No comments: