ShareThis

Monday, April 11, 2011

4-4-11 Tiba-tiba Rajagopal MIC mula aktif di Ladang Kirby



Hari ini, saya bersama PSM Negeri Sembilan telah membuat pertemuan dengan JK Bekas pekerja ladang Kirby, Negeri Sembilan diketuai oleh Sdr. Muniandy. Ini berikutan ura-ura lawatan Rajagopal untuk menziarahi ladang ini pada hari Rabu. JK Penduduk hairan bagaimana Rajagopal- Ketua MIC Negeri Sembilan yang sebelum ini ,mengatakan pekerja ladang ini perlu berpindah keluar tetapi kini berkata hendak menyelesaikan masalah mereka. Hari ini JK Penduduk berbincang bagaimana menangani mesyuarat pada rabu ini.

No comments: