ShareThis

Monday, April 4, 2011

3 april 11 Forum Dialog di Batang Berjuntai- Tugasan Ahli Majlis




Hari ini saya dijemput oleh Peoples Service Organisation (PSO) di Batang Berjuntai untuk satu dialog dengan masyarakat India mengenai tugasan Ahli Majlis. Saya menghuraikan perbezaan dan juga persamaan antara Ahli Majlis zaman BN dan zaman PR.

Saya berhujah bahawa zaman PR - ada Transparensi, Mesyauarat Ahli Majlis bukan sekadar rubber stamp dan Ahli Majlis jarang memebrikan kontrak. Namun demikian, saya juga berkata mengenai perlunya diadakan pilihanraya tempatan supaya Ahli Majlis taat kepada rakyat dan bukan sekadar taat kepada orang yang memilih mereka.

Dialog ini juga berbincang mengenai isu pekerja ladang dan bebrapa langkah kerajaan negeri Selangor berkenaan maslah perumahan pekerja ladang.

No comments: