ShareThis

Tuesday, March 1, 2011

28 fEB 2011- BANTAHAN FTA EUROPE DI PRINCE HOTEL KL















BANTAHAN FTA EUROPE DI PRINCE HOTEL KL

28 Feb 2011,
Prince Hotel, KL


Hari ini Gabungan Membantah FTA telah mengadakan protes membantah perjanjian Free Trade Agreement (FTA) diantara Malaysia dengan European Union(EU). Jam 10.30 pagi seramai 100 orang telah berkumpul di hadapan Prince Hotel Kuala Lumpur iaitu tempat dimana delegasi dari EU mengginap dan perjanjian FTA akan berlangsung di situ pada hari ini dan esok. Pengerusi Parti Sosialis Malaysia(PSM) Dr.Nasir Hashim, Timbalan Pengerusi PSM Sdr. Saraswathy, Ahli Parlimen Sg. Siput Dr. Jeyakumar, Ahli Parlimen Klang YB Charles Santiago, Wakil JERIT, Wakil Positive Malaysian Treatment Access turut menyertai bantahan ini.
Sebelum mula perhimpunan sudah ramai anggota polis bersedia menanti kehadiran kita. Setelah sampai di sana polis seperti biasa mula memberi kacau dan cuba menghentikan perhimpunan. Polis memberi amaran hanya 5 minits untuk berhimpunan. Tetapi selepas rundingan dan bantahan perhimpunan berjaya dijalankan selama 45minits.
Perhimpunan hari ini telah dimulakan dengan laungan slogan seperti “ STOP STOP FTA” Kami tak mahu FTA” Balik Balik EU Balik, Down Down EU Down, FTA Membunuh, Kill Kill FTA Kill dan sebagainya. Penyokong yang hadir telah memakai Tshirt STOP EU FTA dan membawa baner, placard yang tertulis FTA membunuh, FTA Kill, Dont Trade Away Our Lives dan banyak lagi. Sebagai gimik beberapa keranda dibawa bersama sebagai simbolik FTA akan membunuh rakyat Malaysia melalui perjanjian ini.
Dalam ucapan Ahli Parlimen Sg. Siput dan Jawatankuasa Pusat PSM Dr. Jeyakumar berkata Malaysia lebih baik membuat perjanjian FTA bersama negara-negara yang setaraf dengan Malaysia seperti Afrika dan negara Asean. Malaysia tidak boleh membuat perjanjian dengan negara-negara kaya seperi EU yang akan mengenakan tarif yang rendah. Dengan itu harga barangan akan meningkat dan golongan yang berpendapatan rendah seperti petani akan mengalami kesan yang teruk.
Sdr. Edward wakil dari Positive Malaysian Treatment Access berkata jika rundingan EU FTA ini berjaya, ubat HIV generik yang lebih murah tidak boleh dijual di Malaysia lagi. Ini kerana FTA akan menghentikan pengeluaran ubat generik dari Malaysia atau pun import dari India yang lebih murah sekarang. EU akan memdominasi pengeluaran ubat-ubat ini dengan mengenakan harga yang tinggi. Ini akan memberi kesan yang teruk terhadap pesakit-pesakit malaysia terutamanya pesakit HIV.


Wakit dari JERIT Sdr. Kohila pula menegaskan bahawa perjanjian FTA ini akan membunuh rakyat malaysia dengan kenaikan harga barangan terutamanya sektor pertanian dan perubatan yang akan meningkat dengan mendadak. Ini akan menyebabkan beban rakyat Malaysia bertambah rumit lagi. Kerajaan Malaysia perlu mengutamakan aspirasi rakyat dan berbincang dengan rakyat terlebih dahulu sebelum ia diluluskan kerana rakyat adalah penentu segala-galanya.

Selepas bantahan lebih 30 minit Kedutaan European Union telah bersetuju untuk berjumpa dan menerima memorandum daripada Gabungan Membantah EU FTA ini. Lima orang wakil delegasi telah pergi ke Keduataan EU di Jalan Tun Razak dan telah menyerah memorandum kepada Duta EU. Hasil pertemuan dengan Duta EU telah berjanji untuk mengkaji memorandum ini dan memberi maklum balas melalui email dalam tempoh yang segera.

Perhimpunan diakhiri dengan aman dengan laungan slogan Hidup Rakyat, Hidup Perjuangan.

Bawani KS

No comments: