ShareThis

Thursday, March 3, 2011

1 Mac - Pekerja Bukit jalil dapat notis pengusiran






Hari ini, jam 2.30 petang, 39 orang bekas pekerja Ladang Bukit Jalil dihina dengan diberi notis pengusiran. mereka diberi sehingga 14 mac untuk berpindah dan operasi perobohan ladang tertua di Kuala Lumpur akan dilaksanakan pada 15 Mac 2011.

Notis tersebut terus ada unsur pembohongan dan penyelewengan. Notis tersebut mendakwa JK penduduk setuju dengan keputusan mesyuarat yang dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan dan Menteri Sumber Manusia tetapi hakikat sebenarnya adalah Penduduk tidak setuju dan malah meminta sedikit tanah sahaja. Notis itu turut emndakwa satu tawaran pampasan tetapi tawaran itu sehingga kinit idak diberikan kepada penduduk walaupun mereka telah ebrtanya emlalui surat pada 25hb. Februari 2011.

Hari ini kesemua 41 keluarga telah mengadakan mesyuarat dan mereka bertekad untuk mempertahankan rumah dan perjuangan mereka .

No comments: