ShareThis

Sunday, February 6, 2011

Bas Stop baru tapi Bas tidak berhenti disini !



Jabatan Perdana Meneri dalam keghairahan untuk menawan balik Selangor telah mengambil pelbagai langkah. satu daripadanya adalah membina semula sebuah perhentian bas di Taman Sungai Jelok menelan belanja RM 14,000.

Bus Sop- perhentian bas ini sebelum ini mempunyai tempat duduk dan tiang tetapi
dibawah peruntukan khas ICU JPM, KPKT sebanyak RM 14,000 telah diperuntukan untuk Jowais Enterprise untuk kerja-kerja menaiktaraf perhentian bas di hadapan Taman Sungai Jelok, Kajang.

Kini bus stop ini ada bumbung, ada tiang bus stop dan tong sampah baru. Namun demikian yang anihnya adalah bas sudah berhenti lalu di kawasan ini lebih 5 tahun. Penduduk di kawasan sekitar berasa lucu dengan pembinaannya. Walaupun Bas lalu disebelah jalan tetapi disebelah jalan perhentian bas ini, tidak ada bas lalu-lalang, berhenti atau menurunkan penumpang.

Adakah ini satu kecuaian atau penyelewengan ? Inilah soalan yang ditanya oleh saya di mesyuarat Ahli Majlis MPKJ. Ramai juga ahli majlis lain merunggut mengenai projek-projek yang dibuat tanpa ada permintaan atau ada keperluan. Juga diberitahu pihak MPKJ dan Pejabat Tanah langsung tidak dibincang terlebih dahulu.

No comments: