ShareThis
Tuesday, February 1, 2011
31-1-11 Hidup Revolusi Mesir di Kedutaan Mesir, Malaysia
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti pembangkang diketuai oleh Parti Islam Semalaysia (PAS) dan Parti Sosialis Malaysia(PSM) telah berkumpul secara aman di hadapan Kedutaan Mesir bagi menyerahkan satu memorandum mendesak Presiden Mesir, Hosni Mubarak supaya meletakkan jawatan. Namun begitu, mereka gagal menyerahkan memorandum bantahan tersebut kepada pihak kedutaan kerana tidak ada wakil Kedutaan yang berani untuk terima memorandum tersebut. Polis pun agak bosan menanti mereka.
Memorandum itu akhirnya dimasukkan ke ke dalam kotak surat kedutaan tersebut di luar kedutaan.
Perhimpunan ini diketuai oleh Sdr. Muhammad Sabu dari PAS dan Saudara S.Arutchelvan dari PSM dan diadakan secara "last minit" dan masih dapat memobilisasi lebihkurang 70 orang. Pihak polis dari IPD Cheras juga seramai 50 orang mengawal pintu masuk kedutaan tersebut.
Setiasuaha PSM, S.Arutchelvan juga membacakan tuntutan memorandum antaranya adalah
menuntut regim Mubarak turun dari tampuk kuasa, memastikan rakyat dibenarkan berhimpun dan solidariti kepada rakyat Mesir. Beliau turut melaungkan slogan Hidup revolusi Mesir !
Pengerusi Lajnah Perhubungan Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad juga memaklumkan satu himpunan rakyat akan diadakan selepas solat Jumaat di Masjid KLCC dan akan menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat. Amerika Syarikat juga dikutuk kerana menjadi kuncu utama yang memastikan Hosni Mubarak turut dilindungi.
Mereka yang hadir juga melaungkan slogan ‘Down Mubarak’ (Turun Mubarak) sambil membawa poster pemimpin Mesir dengan meletakkan lambang Zionis di dahi.
Turut hadir adalah Dr. Nasir Hashim, Pengerusi PSM, Zaid Kamaruddin dari JIM, Syed Ibrahim dari GMI, Cikgu Bard, Tian Chua dan ramai anak muda membawa bendera hitam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment