ShareThis

Tuesday, February 1, 2011

30 Januari - Ponggal Hujan juga di Seksyen 4, Bandar Rinching






Pesta Ponggal juga dirayakan secara meriah di Seksyen 4, Bandar Rinching anjuran Persatuan India Bandar Rinching Seksyen 4. Pelbagai hadiah dan pertandingan telah diatur. namun demikian, hujan luar biasa sepanjang hari juga mengendalakan beberapa program.

Saya turut memberi ucapan dalam program ini yang juga dihadiri oleh pemimpin MIC di kawasan ini. Saya berhujah mengenai jasa petani dan pekerja kepada bumi ini dan juga kepentingan kita memelihara alam sekitar sempena dengan Ponggal. Dalam pelbagai program Ponggal yang diadakan pada tahun ini, saya sentiasa memperingatkan tentang dua perkara ini yang saya rasa cukup signifikan.

Pelbagai acara telah diadakan. Antaranya adalah pertandingan kolum, pertandingan lukisan dan memecah periuk. Hujan sekali lagi menjadi satu isu perdebatan semua orang.

No comments: