ShareThis

Tuesday, February 15, 2011

13-2-2011 Menyambut Tahun Baru Tamil 2042 di Tadika Desa Serdang






Saya dijemput untuk merasmikan Majlis Perayaan Tahun Baru Tamil 2042 di Tadika Desa Serdang. Saya dijemput oleh Pengerusi Persatuan Dravidian Malaysia, Cwg Serdang Sdr. Gopal yang telah menjalankan tadika ini untuk hampir 3 dekad.

Antara program adalah memasak nasi manis ponggal, pertandingan melukis dan memecah periuk. Dalam ucapan perasmian saya, saya berhujah mengenai dedikasi guru tadika dan Persatuan ini kerana konsisten memberi khidmat kepada golongan berpendapatan rendah. Saya turut berhujah mengenai isu Interlok. saya meminta Persatuan Dravidian memberi pespektif yang betul mengenai isu kasta dan sejarah. Sistem Kasta mesti ditentang habis-habis kerana ia memecahkan manusia mengenai status.

No comments: