ShareThis

Tuesday, February 15, 2011

12-2-11 Hujan Ribut batalkan pertandingan akhir Kejohonan Bolasepak PeBT zon 18











Akhirnya yang menang adalah hujan. Namun demikian, kita tidak boleh meremehkan semangat dan aspirasi pemain bolasepak dibawah umur 12 tahun ini. Mereka begitu berminat dan begitu serius dalam permainan. sebanyak 12 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Usaha pertandingan ini adalah Sdr Hanapiah , belia dari Taman Sri Tanjung yang cukup aktif. Pertandingan ini dijalankan di padang bolasepak Taman Tasek Semenyih.

Namun sebaik sahaja minit ke 5, pertandingan akhir, hujan ribut melanda menyebabkan peguam menangguhkan permainan. Kemudian khemah MPKJ melayang dan begitu juga alatan-alatan. Ramai pemain berlari ke surau mengambil teduh. Keadaan hujan lebat menyebabkan pertandingan akhir ini ditentukan melalui balingan duit syiling. Ahli Majlis S.Arutchelvan kemudian menyampaikan hadiah kepada empat pasukan teratas

No comments: