ShareThis

Saturday, January 8, 2011

Nahas lengah bina jejantas (My Metro)

Nahas lengah bina jejantas (My Metro)

SEMENYIH: Terpaksa menggadai nyawa. Itu antara situasi terpaksa dilalui penduduk bandar ini apabila jejantas dijanjikan hampir tiga tahun lalu tidak wujud sedangkan jalan di kawasan itu semakin sibuk.

Keadaan ini berlaku kerana pihak terbabit melengahkan pembinaan jejantas walaupun peruntukan sudah ada.

Tinjauan Harian Metro di kawasan itu mendapati murid dan orang ramai menyabung nyawa melintas jalan walaupun keadaan sesak terutama waktu puncak. Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon 18, S Arutchelvan, berkata masalah ketiadaan jejantas sudah lama dibangkitkan penduduk kerana jalan itu sering terjadi kemalangan yang membabitkan pejalan kaki. Katanya, setiap bulan pasti ada kemalangan kerana kebanyakan kereta melalui jalan yang menghala Seremban dan Kuala Lumpur itu dipandu laju. “Kami mahu pihak terbabit memantau keadaan ini kerana membabitkan nyawa penduduk Semenyih terutama jemaah masjid dan murid lima sekolah berdekatan termasuk Sekolah Kebangsaan Semenyih.

“Setiap hari kami terpaksa menunggu lama untuk menyeberang jalan kerana kesesakan,” katanya ketika ditemui pada majlis piket dan perhimpunan penduduk bagi menggesa Jabatan Kerja Raya (JKR) membina jejantas segera.

No comments: