ShareThis

Sunday, January 2, 2011

14 Dis - Pelajar ditegah duduki periksa SPM kerana tak bayar yuran periksa. PSM hantar memorandum kepada Menteri pendidikan !







Pada hari ini, PSM Cameron diketuai oleh Sdr. Suresh bersama Pemuda PSM telah membawa Parameswary Murugan ke Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya untuk menyerahkan satu memorandum kepada Menteri berkenaan kerana pelajar persendirian ini tidak dibenarkan menduduki Peperiksaan SPM 2010. .

Memorandum telah diterima oleh Setiausaha Politik Menteri, Syahrin Bin Md Jamaludin. Beliau telah berjanji untuk memberikan penyelesaian dalam masa 3 hari. Beliau juga mengakui bahawa ini bukanlah satu perkara yang rumit dan boleh diselesaikan.

PSM terpaksa membawa isu ini ke Putrajaya pada hari ini selepas Pejabat Pelajaran Daerah Cameron telah mengatakan mereka tidak berkuasa untuk memberi Parameswary menulis peperiksaan SPM 2010 dan Jabatan Pelajaran Pahang (JPP) pula menyalahkan Parameswary telah mendaftar lambat untuk SPM 2010. JPP juga turut mempertahankan PPD Cameron tanpa melakukan sebarang siasatan.

Penyerahan memorandum hari ini juga telah disertai oleh kumpulan Pemuda Sosialis, yang juga sedang memperjuangkan pendidikan dan peperiksaan percuma di Malaysia.

Saya ingin memetik kata-kata Sdr Arul (Setiausaha Agong PSM) semasa penyerahan memorandum:

" Pelajar tidak diberi peluang untuk menulis peperiksaan dengan alasan tidak membayar yuran tidak dapat diterima. Lebih-lebih lagi Parameswary ialah pelajar yang miskin dan telah kehilangan ibubapanya. Kes ini mungkin kali pertama berlaku di Malaysia, tetapi kami mahu KPM mengambil langkah supaya ini juga kali terakhir kes sebegini berlaku di Malaysia"

Dipetik dari blog PSM Cameron.

No comments: