ShareThis

Sunday, January 2, 2011

14-12-10 Mesyuarat Khidmat Bandar - Banyak aduan terhadap kontrakter Alam Flora

Mesyuarat Khidmat Bandar meluangkan masa yang agak panjang untuk membincang mengenai masalah yang dihadapi oleh RDF dan juga mengenai isu kontrakter Alam Flora yang tidak membuat kerja dengan sempurna.Ahli Majlis MPKj semakin hilang kesabaran dan akan mencadangkan tindakan drastik untuk menukar Alam Flora pada masa depan.

Dibawah adalah isu-isu ayng diungkitkan oleh saya


14 Disember 2010 DENGAN TANGAN

Kepada ,
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang,
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang
(UP – Pengarah Jabatan Khidmat Masyarakat dan Kesihatan)

ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL PERKHIDMATAN BANDAR MPKJ BAGI DISEMBER 2010

Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini

1. Pelangi Semenyih
• Longgakan bahan binaan di jalan persiaran Tmn.Pelangi fasa 6 & 7 (berhampiran Sek .Men.Bdr.Rinching).
• Kawasan lapang jln 4/1 dan jalan 4/12 terbiar dan semak
• Jln 4/1 hingga 4/15 (tiada penyelengaran dari kontraktor).
• Tmn.jln 4/5-pokok mati
• Tmn.jln 4/5 (alat-alat permainan rosak)

2. Taman Tasik Semenyih
• Ranting-ranting pokok yang telah dipotong tidak diambil oleh kontraktor, mengakibatkan banyak longgokan sepanjang jln.Persiaran.
• Anjing liar – penduduk setempat sudi bantu MPKJ semasa meminta pengadu beri bantuan semasa tangkapan.

3. Bandar Rinching

Seksyen 1
• Rumput dan lalang menghalang pandangan tembok jalan masuk utama ke Bdr.Rinching.Diminta diselenggarakan.

Seksyen 3

• Kutipan sampah masih dikutip sekali atau dua kali seminggu.
• Rumput ditepi tembok dan longkang diluar panjang dan perlu dipotong(rujuk gambar no.2 yang dilampirkan)

Seksyen 5

• Di Bdr.rinching sek.5 ada tiga buah padang khas utk padang permainan.Padang2 tersebut berada di jln 5/15,5/26 & 5/33.Malangnya tiada ada alat-alat permainan.diminta alat2 permainan dipasang.

Seksyen 6 (Kamal Hashim 017-2130811)


• Sampah hanya dikutip sekali dalam seminggu. Rumput panjang dikebanyakkan rumah-rumah kosong

4. Taman Sri Tanjung
• Longkang di belakang surau An ‘Nur air tersekat.


S.Arutchelvan
Ahli Majlis

No comments: