ShareThis

Saturday, October 2, 2010

21 Sept 2010 - Sepanjang hari di MPKJ - Meeting Bantahan & Infra

Hari ini saya sepanjang hari berada di MPKJ. Disebelah pagi, ada mesyuarat Bantahan dimana kita mendengar bantahan rakyat yang tidak puas hati dengan taksiran cukai pintu mereka. Disebelah petang pula ada mesyuarat Infrastruktur. Dalam mesyauarat Infra, YDP membuat joke bahawa saya ini macam ADUN Bandar Rinching kerana di bandar Rinching ada pelbagai isu kerana pemaju sudah muflis dan projek dibuat secara tidak teratur. Dalam mesyuarat Infra kali ini, saya mengutarakan isu dari lima kawasan

21 September 2010 DENGAN TANGAN

Kepada ,
IR Haji Md Noor bin Mahmud
Pengarah Pengarah Jabatan Kejuruteraan
Majlis Perbandaran Kajang,
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang

ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL INFRASTRUKTUR DAN LALULINTAS MPKJ - SEPTEMBER 2010

Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini

1. Bandar Rinching
• Kenderaan Berat Masih Lagi Parking Di Tepi Jalan di jln 1/7 a. b, c,d
• Bonggol haram di di jln ¼ fasa 2 masih tidak diambil tindakan
• Jalan berlubang di entrance ke seksyen 3 berhampiran dengan rumah pengawal
• Mohon papannama jalan di Bandar Rinching Seksyen 3- semua rosak.
• Tekanan air rendah di jalan 4/13 sek 4 Bandar Rinching

2. Taman Sri Tanjung

• Mohon pasang lampu di Taman Permainan fasa 1, fasa 2 dan rumah flat

3. Taman Manikavasagam
• Longkang pecah di jalan 4 dan 5 Taman Manikavasagam

4. Jalan Broga

• Tiada lampu jalan utama dari simpang keluar dari Ladang semenyih ke jalan besar Broga menuju ke Jalan lama Kajang- Seremban


5. Taman Tasik Semenyih


• Momohon bonggol di jalan 3 kerana terdapat selekoh bahaya di kawasan tersebut
• Mohon jalan diturap semula kerana terdapat banyak lubang di jalan utama Taman Tasik Semenyih
• mohon lampu jalan di lorong belakang jalan 6/11 dan 7/1 manakala lampu di jalan TTS 5 tidak berfungsi


Sekian Terima Kasih



S.Arutchelvan
Ahli Majlis

No comments: