ShareThis

Saturday, October 2, 2010

19-9-10 5pm Cawangan Jelapang mahu PSM tanding DUN Jelapang





Lawatan kedua saya adalah ke Bilik Gerakan Cawangan DUN Jelapang. Saya diberi taklimat ringkas oleh SU Cawangan Komrad Rizana Mansor dan Pengerusinya dan mantan calon M.Saraswathy. Cawangan Jelapang adalah antara cawangan PSM yang paling aktif dan diketuai oleh kepimpinan wanita yang mengerakkan pelbagai aktiviti dan program di kawasan ini. Satu isu yang hangat diperdebatkan di cawangan ini adalah mereka tidak mahu kepimpinan PSM mengambil langkah kebelakang dan mahu PSM tanding kawasan ini memandangkan calon DAP yang menang dulu telah melompat dan kini segala kerja-kerja dikawasan tersebut dibuat oleh PSM.Ini merupakan satu persoalan yang susah kerana pada hakikatnya PSM sudah tentu akan menuntut kerusi tersebut memandangkan pernah bertanding dan kini dengan adanya pendaftaran PSM , calon Jelapang boleh menggunakan logo PSM dan tidak perlu bertanding sebagai calon bebas seperti PRU yang lalu

1 comment:

cicit ngah layor said...

Bapak dh nazak,tanah ader sekangkang katak,anak2dh moler nak berebut harter....Bagus,tak payah berunding,tak payah mesyuarat..mintak jer,peduli aper,tanah ini dah lamer dah aku tebaih.....teruskan......selamatt!!