ShareThis

Saturday, October 2, 2010

19-9-2010 2pm Melawat Cawangan Sungai Siput





Hari ini saya memulakan lawatan saya melawat cawangan-cawangan PSM di Perak. Cawangan pertama yang saya lawat adalah cawangan Sungai Siput yang merupakan cawangan kedua yang ditubuhkan oleh PSM. Ia juga merupakan cawangan pertama yang tanding dalam pilihanraya pertama pada tahun 1999. Isu yang giat dibincangkan adalah mengenai ahli kurang aktif dan ahli aktif. Selain itu banyak persoalan diungkitkan oleh cawangan S.Siput yang bertanya samada PSM akan bertanding DUN jalong kali ini memandangkan pada tahun 2004, PSM tanding DUN Jalong dan Parlimen SungaI Siput. Dr. Jeyakumar selaku Ahli Parlimen Sosialis pertama juga berkongsi pendapat mengenai cabaran yang dihadapi cawangan S.Siput iaitu ia perlu memberikan contoh baik kerana ia adalah kawasan Parlimen pertama PSM dan Sosialis setelah 4 dekad.

No comments: