ShareThis

Saturday, August 21, 2010

9-8-10 Pelancaran Protes membantah penurunan subsidi barangan asas di Kirinci







Walaupun Gabungan PROTS hendak mengedar risalah tentang subsidi, polis terus membuat kacau ganggu. Seramai tiga orang aktivis ditahan tanpa sebab yang menusabah. Namun program ini berjalan juga dan risalah berjaya diedarkan.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) bersama Gabungan PROTES mengusulkan bahawa kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini yang diumumkan pada 16 Julai 2010 adalah langkah tidak bertanggungjawab dan akan membebankan rakyat jelata.
1. Tindakan Kerajaan mengurangkan dan menghapuskan subsidi adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab, membebankan golongan rakyat khusunya yang berpendapatan rendah dan tidak dapat menyelesaikan isu pokok yang dihadapi oleh negara.

2. Kerajaan gagal menangani isu rasuah, pemborosan dan pembaziran yang merupakan isu ibu kepada segala masalah yang dihadapi oleh negara dan kini rakyat diminta menyelamatkan situasi yang tidak berpunca daripada mereka tetapi oleh sistem pemerintahan kerajaan yang memerintah menguruskan harta dan kekayaan negara.

3. Tindakan Kerajaan akan menyebabkan jurang pendapatan antara kaya dan miskin terus meningkat. Subsidi AP dan subsidi Industri tidak disentuh manakala subsidi untuk golongan rakyat biasa ditarik balik.Penurunan subsidi akan menyebabkan harga barangan meningkat dan sekaligus menyebabkan kuasa membeli rakyat turun dan taraf hidup turut turun.


4. Pemberian subsidi adalah satu suntikan dan campurtangan positif kerajaan dalam sistem ekonomi pasaran bebas yang hanya bermotifkan keuntungan. Pemberian subsidi kepada golongan memerlukan adalah satu tanggungjawab kerajaan. Tanggungjawab dan beban ini tidak boleh dialihkan kepada rakyat.

5. Alasan yang diberikan oleh kerajaan umpamanya kenaikan harga gula adalah untuk menjaga kesihatan adalah satu alasan yang meleset dan melucukan. Jika itu adalah alasan, maka banyak makanan lain juga perlu dinaikan harga. Kerajaan gagal memberikan satu rasional yang meyakinkan atas tindakan mereka menurunkan subsidi. Jika hasrat kerajaan hanya hendak menjimatkan RM 750 juta, maka wang itu boleh diperolehi oleh banyak sumber lain tanpa menyentuh subsidi kepada golonganrakyat biasa.

Justeru dengan itu, Kempen BANTAH ini membuat tuntutan seperti berikut:
1. Hentikan pembaziran dan pemborosan
2. Selaraskan subsidi bukan dengan menyentuh subsidi yang memberi kesan kepada golongan rakyat biasa tetapi subsidi AP, IPP dan subsidi kepada Industri.
3. Laksanakan Akta Gaji Minima
4. Kekalkan harga barangan seperti pada 1 januari 2010

No comments: