ShareThis

Friday, August 6, 2010

30-7-10 - Empat isu ucapan penanguhan Mesyuarat Ahli Majlis

Hari ini saya mengemukakan empat perkara untuk Mesyuarat Ahli Majlis yang menyentuh tentang isu pembaziran, masalah OKU dan proses pelantikan kontrakter seperti dibawah

Perkara yang Dibangkitkan

1. Apakah langkah- langkah yang diambil oleh pihak majlis untuk memastikan dan menyedarkan kakitangan MPKJ dan ahli majlis untuk tidak melayan surat dari pihak atasan semasa membuat sebarang keputusan. Adakah terdapat sebarang garis panduan dari pihak kerajaan negeri mengenai perkara ini.
2. Isu batik ahli Majlis dan isu-isu yang diungkitkan berkenaan dengan kualiti kerja dan sub-kontrak dimana ramai ahli majlis mengadu. Adakah isu ini disiasat dan apakah keputusan?
3. satu jawatankuasa Kerja Teknikal bagi kemudahan kurang upaya harus dibentuk. Jawatankusa ini harus terlibat dalam semua perancangan dan pembinaan struktur dibawah MPKJ. Juga dicadangkan satu taklimat dan Independent Living Traning centre (ILTC).
4. Apakah proses dan perlantikan kontrakter dibawah peruntukan MARRIS 2010. Sudah menjadi lumpah kontrakter untuk memberi komisyen apabila menerima kontrak. Ini sudah pasti menjejaskan kerja kerana kos akan dikompromi. Adakah spesifikasi kerja dan bahan binaan yang diguna adalah memadai? Siapakah memantau ini?

S.Arutchelvan

No comments: