ShareThis

Friday, August 6, 2010

29 Julai - Harapkan pagar, pagar makan padi. Kisah di balai Beranang






MEMORANDUM KEPADA KETUA POLIS NEGARA (IGP) BERKENAAN ADUAN SALAH GUNA KUASA POLIS DAN PERAS UGUT SAMSENG.
OLEH PARTI SOSIALIS MALAYSIA (PSM)- 29HB.JULAI 2010

Latarbelakang Kes
Pengadu yang bernama En.Baskaran a/l Krishanan,No.KP 800727-10-5373 beralamat di No.12,Tingkat 2,Blok V Pangsapuri Bandar Tasik Kesuma,43700 Beranang,Selangor telah mengunjungi Pusat Perkhidmatan Rakyat kami dan telah memberi aduan terhadap pihak polis yang tidak mengambil tindakan yang sewajarnya dan adil terhadap laporan polis yang dibuatnya. Selain daripada itu polis telah bersekongkol dengan orang yang mencederakan dan memeras ugut mangsa.
Berikut adalah kronologi peristiwa yang berlaku:
• Pada 14/7/2010(Rabu) En.Baskaran yang bekerja sebagai Tukang Pembinaan(Ubahsuai) separa masa telah mendapat satu kerja ubahsuai kecilan dari En.Nathan untuk mengubahsuai kabinet dirumahnya dialamat No.13,Tingkat 3,Blok U Pangsapuri Bandar Tasik Kesuma,43700 Beranang,Selangor dengan kos yang dipersetujui iaitu RM 1,500.00.Kerja pengubahsuaian yang perlu dibuat ialah kabinet di tukar dengan mosaic dan memasang pintu kabinet yang baru.
• Pada 18/7/2010(Ahad) ,beliau telah menyiapkan hampir kesemua keseluruhan kerja yang diterimanya dan cuma pintu kabinet tersebut tidak ditukar disebabkan saiz pintu itu perlu ditempah khas.Tetapi En.Nathan tidak bersetuju dan ingin pemasangan pintu tersebut dipercepatkan.En.Baskaran mengatakan dia perlu tiga atau empat hari lagi untuk dia mendapat pintu yang ditempahnya.
• . Pada 23/7/2010(Jumaat) En.Nathan datang lagi dan Baskaran(mangsa) masih belum mendapat pintu tersebut kerana orang yang dia order pintu tidak dapat menyiapkannya.En.Baskaran menyatakan kepada En.Nathan kalau besok pintu itu tidak dapat disiapkan,dia akan menyerahkan duit sebanyak Rm120.00 sebagai bayaran pintu tersebut.Tetapi En.Nathan mendesak yang dia mahu duit tersebut serta-merta juga dan selepas di dipujuk En.Nathan pun balik.
• Pada 23/7/2010 jam lebih kurang pukul 11.30 malam semasa Baskaran sedang makan malam dirumah saya,En.Nathan datang ke rumah dia bersama seorang bernama Bob( kawan En.Nathan) dan menyuruh dia mengikutnya ke kedai makan untuk runding masalah tersebut.Baskaran pun ikut mereka dengan kereta Bob(Mercedes warna perak) dan didalam kereta ada seorang lagi dipercayai adik En.Nathan. Setibanya di Restauran Pangkor Laut di Semenyih.Setelah turun dari kereta, mereka berempat duduk dikedai tersebut.En.Nathan,Bob dan adik Mr.Nathan telah order bir dan sambil minum mengugut supaya En.Baskaran membayar Rm150.00 sekarang dan perlu membayar kesemua duit makan minum(bir) sebanyak Rm269.00.En.Baskaran dipaksa bayar duit pintu sebanyak Rm150.00 dan duit makan(minum) sebanyak Rm269.00 sekarang juga.En.Baskaran cakap dia tidak ada duit untuk membayar duit tersebut. Jadi Bob marah dan terus menumbuk En.Baskaran diperut dan di lengannya.
• Setelah beliau tidak dapat membuat bayaran itu, Bob meminta RM 2,000 dan mengugut yang dia akan mencederakan anak dan isteri En.Baskaran jikalau dia tak bayar Rm2000.00 pada kesokan hari. Lebih kurang pukul 6.00pagi, Baskaran telah dihantar balik kerumah.
• Pada 24/7/2010(Sabtu) lebih kurang pukul 10.00pagi Baskaran telah pergi ke Balai Polis Beranang untuk membuat laporan polis terhadap apa yang berlaku pada dirinya.Seorang Pegawai polis wanita yang namanya dia kurang pasti telah mengambil laporan En.Baskaran dan memberi En.Baskaran laporan polis dan menyuruh En.Baskaran balik dulu ke rumah sekarang kerana Ketua Balai tidak ada dibalai dan akan memanggil En.Baskaran untuk hadir semula ke Balai pada pukul 3.00pm.Selepas itu En.Baskaran pun balik
• Pada lebih kurang pukul 12.00petang,En.Nathan dan Bob telah datang kerumah En.Baskaran semasa ketiadanya dan mengugut isteri En.Baskaran kerana pergi membuat report polis terhadap En.Nathan dan Bob. Semasa ditangan Bob ada parang dan memaki hamun isteri En.Baskaran dengan kata kesat yang tidak siapa boleh buat apa-apa dengan dia. Mereka juga ugut akan buang anak kecil Baskaran dari tingkat tiga
• Pada 3.00 petang En.Baskaran menerima panggilan talipon dari Balai Polis Beranang menyuruhnya berjumpa dengan Sarjan (dipercayai Sarjan Amir) dibalai tersebut. En.Baskaran pun pergi ke balai dan Sarjan yang mengendalikan kes tersebut berada di Balai.Sarjan tersebut menalipon En.Nathan untuk datang ke balai.Selepas tengah jam En.Nathan pun datang kebalai bersama Bob.Sarjan bersama En.Nathan dan Bob pun masuk kebilik dan tidak tahu apa yang mereka bincang.Selepas 15 minit En.Baskaran disuruh masuk kebilik tersebut oleh Sarjan.Didalam bilik Sarjan mengatakan yang dia telah berbincang dengan En.Nathan dan Bob yang duit yang mereka minta telah dikurangkan ke Rm900.00 dan perlu bayar kepada En.Nathan sebanyak Rm250.00 seminggu sehingga duit Rm900.00 diselesaikan.En.Nathan mengatakan yang dia tidak ada duit untuk membayar tuntutan sebanyak itu kepada Sarjan.Sarjan pula mengatakan yang dia tak tahu macamana En.Baskaran bayar dtetapi disuruh bayar dan bayaran perlu dibuat depan Sarjan dibalai tersebut pada minggu depan Jumaat.Sarjan itu bercakap kalau En.Baskaran tak bayar pada minggu depan hari Jumaat dia akan datang kerumah En.Baskaran untuk menangkapnya.En.Baskaran pun risau dan berkata dia akan cuba untuk membayar dan Sarjan itu menyuruh En.Baskaran untuk mengkoyak laporan polis yang dibuat awal pagi hari itu terhadap En.Nathan dan Bob. Baskaran kemudian memberikan kertas laporan kepada isterinya dan Sarjan suruh isterinya buang kertas tersebut. Isterinya kemudian buang. Encik Baskaran juga melihat Bob menyerahkan duit (tak tahu berapa ) kepada Sarjan semasa jabat tangan dan keluar dari balai.
• Sebelum En.Baskaran balik dia mengatakan pada Sarjan yang petang tersebut En.Nathan dan Bob datang kerumahnya dan mengugat isteri dan anaknya semasa dia tidak dirumah dan rasa ketakutan.Sarjan tersebut mengatakan yang perkara itu tidak akan berlaku lagi dan menyuruhnya balik.

ISU-ISU YANG INGIN DIUTARAKAN ADALAH:
1. Mangsa Encik Baskaran telah membuat aduan terhadap Bob dan Nathan iaitu ugutan secara jenayah (S 506 KAJ), peras ugut ( S 384 KAJ ) dan telah memukulnya (S 323 KAJ) tetapi polis tidak mengambil sebarang tindakan atau membuat sebarang tangkapan.
2. Aduan polis adalah rahsia. Persoalan adalah bagaimana Nathan dan Bob tahu bahawa mangsa sudah membuat aduan polis. Terbukti polis telah membocorkan rahsia tersebut dan sekaligus meletakkan mangsa dalam bahaya.
3. Polis telah bersubahat dengan pemeras-ugut dimana bersama dengan mereka yang melakukan jenayah, telah menjadi “broker” dan seterusnya meminta mangsa membuat bayaran RM 900 dan dibayar setiap jumaat dan jika tidak akan membuat tangkapan.
4. Meminta Mangsa memusnahkan aduan polis yang dibuat oleh mangsa dan sekaligus cuba menutup kes ini tanpa rekod
5. Menerima wang dan kemungkinan besar untuk bayaran supaya menyebelahi pihak pemeras-ugut.

TUNTUTAN
1. Kes disiasat oleh pihak yang berkecuali dan berjawatan lebih tinggi dan dikendalaikan dibawah pengawasan pihak Bukit Aman sendiri
2. Memorandum ini dijadikan asas untuk membolehkan polis membuat siasatan kerana mangsa tidak mahu membuat aduan polis lagi selepas pengalaman pertama membuat aduan. Terbukti polis di Beranang tidak boleh menyimpan rahsia dan jika buat aduan lagi, isu masih akan pergi ke balai yang sama utuk siasatan.
3. Sarjan berkenaan diambil tindakan dan digantung kerja serta-merta untuk membolehkan polis membuat siasatan dan supaya beliau tidak diberi peluang campurtangan dalam siasatan.
4. Polis memberikan perlindungan saksi kepada Encik Baskaran dan ahli keluarganya kerana mereka amat takut dengan insiden ini.
5. Para mereka yang melakukan jenayah ditahan dan diambil tindakan melalui undang-undang tanpa ada pilih kasih

Memorandum ini diserahkan oleh:
1. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
2. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

No comments: