ShareThis

Thursday, August 5, 2010

27-6-10 3pm Mesyuarat dengan pemaju Pelangi Semenyih ditunda

Hari ini satu mesyuarat tergempar diadakan di Seksyen 3, Pelangi Semenyih untuk membincangkan isu mesyuarat untuk membincangkan keretakan rumah di kawasan itu. Saya dikejutkan apabila ramai penduduk yang meminta satu dialog dengan pemaju dan pihak perunding kini mengambil langkah kebelakang apabila mereka meminta mesyuarat itu ditangguhkan sehingga Persatuan penduduk mencapai kata sepakat mengenai isu ini.

Setelah mendengar pandangan beberapa orang penduduk Seksyen 3 yang hadir. saya telah menelepon Encik Ahmad Sairi Pengarah Unit bangunan untuk menunda mesyuarat tersebut.

Bagi saya keselamatan penduduk adalah penting. Perumahan mesti selamat dan pihak pemaju mesti bertanggungjawab. Pada masa yang sama, saya juga percaya kepada rundingan dan demokrasi. penduduk setempat mesti membuat keputusan kerana merekalah yang mempunyai hak atas isu ini. Saya akur dengan keputusan mereka untuk menunda mesyuarat ini

No comments: