ShareThis

Thursday, August 5, 2010

27-6-10 10 pagi - Dialog bersama rakyat Seksyen 6 Bandar Rinching




Satu dialog yang cukup menarik dengan soalan diadakan di Seksyen 6 Bandar Rinching. Pengerusi disana Encik Kamal telah menjemput penduduk dikawasan itu yang telah menimbulkan pelbagai isu, kritikan dan soalan kepada Ahli Majlis.

Antara isu adalah kawasan semak yang mengelilingi Taman mereka, Taman permainan yang tak cukup lampu, masalah CF yang berlarutan, kemudahan seperti gelanggang netball dan permintaan untuk Pusat komuniti dan juga untuk memulakan kelas jahitan, isu jalan pintas dan sebagainya.

Isu ini perlu ditangani satu persatu dan Ahli majlis berjanji akan memulakan kerja. pemaju yang memajukan perumahan ini sudah muflis dan susah untuk mendapatkan beliau membuat kerja menambahbaikan dan pihak MPKJ akan dikerah untuk cuba menyelesaikan isu-isu yang ditimbulkan oleh penduduk.

No comments: