ShareThis

Thursday, August 5, 2010

21-6-2010 Masyarakat ladang di tengah Kota Raya


Tidak tersangka bahawa di Kuala Lumpur, masih ada pekerja ladang menetap. Ladang yang saya maksudkan adalah Ladang Bukit Jalil. Pekerja disana masih belum mendapat tawaran rumah kos rendah dan pampasan yang adil menyebabkan mereka terus tinggal dan memperjuangkan nasib mereka. baru-baru ini pada 3 Jun 2010, DBKL hendak merobohkan rumah mereka tetapi berjaya dirunding supaya mereka diberi lebih masa. Saya dijemput ke ladang ini untuk meneliti keadaan masyarakat disana dan sejauh mana mereka hendak mempertahankan hak mereka.

Yang unik, adalah ladang ini di tengah kota KL tetapi mereka kini dicop setinggan walaupun pada hakikatnya mereka adalah bekas pekerja ladang. Mereka menuntut pampasan yang adil setelah tiga generasi bekerja sebagai penoreh getah. Ladang ini tamat operasi pada sekitar awal 1970an tetapi masalah mereka berlarutan sehingga hari ini

No comments: