ShareThis

Tuesday, May 4, 2010

24 April 2010 - 159 keluarga Kampung Baru Broga terima Geran tanah











Penduduk Kampung Baru Broga memberi penghormatan berdiri kepada Dr. Che Rosli, Ahli Parlimen Hulu Langat kerana usaha beliau dalam mendapatkan geran tanah kepada 159 orang penduduk disana. Pada hari ini sebanyak 89 geran telah dikeluarkan manakala yang bakinya sedang diproses. Pegawai Daerah mengatakan geran ini adalah untuk 99 tahun. Dr. Che Rosli pula dalam ucapan beliau mengatakan penghargaan kepada Pejabat Tanah atas usaha mereka. Beliau juga berkata ada cadangan untuk menunggu dan beri geran ini semasa dekat pilihanraya tetapi beliau telah menolak. Juga hadir dalam upacara ini adalah Exco kerajaan Negeri Eon dan Ahli Parlimen Seremban - Johb.

Saya turut diberi penghargaan untuk berucap dan memberi geran tanah kepada sebahagian penduduk. Saya memuji Jawatankuasa disana dan terutamananya Alice kerana usaha beliau yang sentiasa memberi tekanan dan desakan untuk geran ini dikeluarkan cepat. Saya juga telah berapa kali pergi ke Broga dan pejabat tanah kerana isu ini. Namun segala pujian mesti diberikan kepada penduduk Broga dan kepimpinan mereka yang sentiasa memastikan hak dan kedudukan mereka terjamin dan dilindungi.

No comments: