ShareThis

Saturday, April 24, 2010

20 April - Dialog Bas awam di Kajang




Hari ini satu mesyuarat khas telah diadakan di MPKJ untuk membincangkan Masalah perkhidmatan Bas Awam di MPKJ. Antara isu yang diungkitkan adalah
i. Penggunaan Bas yang sudah uzur
ii. Bas tunggu lama di Pick-up point
iii.Bas tidak masuk ke Pusat Perhentian Kajang dan Semenyih Sentral
iv. Perkhidmatan Bas tidak mengikut jadual
v. Kekurangan bas masuk kawasan perumahan dan ada tempat yang tiada perkhidmatan Bas.

Walaupun isu ini banyak membincangkan isu di Kajang tetapi saya sempat mengutarakan masalah di Semenyih dan meminta Bas awam masuk ke Bandar Rinching dan Pelangi Semenyih.

namun demikian orang ramai boleh membuat aduan dengan sms 15888 atau hotline LPNP 1800-88-9600 iaitu 24 jam


Orang ramai boleh telepon untuk buat aduan terhadap bas tak ikut jadual, bas uzur dan sebagainya dan juga permohonan boleh dengan pihak LPKN jika mahu bas masuk ke kawasan perumahan.

Dialog ini turut dihadiri oleh pengendali bas.

3 comments:

Nagapah A/L Kanei said...

Salam Sejahtera kepada Pengurusan Perkhidmatan bas berhenti henti dari Semenyih ke Kajang. Dengan segala hormatnya saya Nagapah a/L Kanei amat rasa dukacita disebabkan perkhidmatan amat kurang memuaskan disebabkan kekerapan murid murid sekolah yang tinggal di kawasan Semenyih ketinggalan bas disebabkan perjalanan yang tidak teratur dan masa kerap kali berbeza, menukar murid murid mendapatkan perkhidmatan bas dengan sempurna. Pada 03 July 2019 jam lebih kurang 6.30 satu bas didapati laluan di jalan Semenyih menghala ke Kajang, anak saya menunggu bas bersama murid murid lain. Bas tersebut tidak berhenti dan menerus perjalanannya dengan tidak memikir bagaimana jika pemandu bas tersebut tidak berhenti. Murid murid ini ke sekolah. Jika ibu apa yang mampu, anak nya boleh dapatkan perkhidmatan teksi atau grap. Kebanyakan sibuk dengan tugas dan tanggungjawab masing masing terhadap keluarganya dan terpaksa keluar rumah awal untuk mencari rezeki dengan tidak dapat menghantar anaknya ke sekolah. Ini masalah yang kebanyakan sedang menghadapi, mohon tingkat mutu perkhidmatan bas untuk melicinkan pengurusan. Kita bertugas Selaku pemandu bas, tolong jangan abaikan demi kepentingan peribadi. Biarlah gaji yang kita terima berkat. Terima kasih.

Nagapah A/L Kanei said...

Menyukarkan murid murid ke sekolah, mohon meningkat perkhidmatan bas demi kebaikan bersama. Terima kasih

Nagapah A/L Kanei said...

Mohon maaf tarikh silap 02 July 2019 jam lebih kurang 6.30 pagi