ShareThis

Monday, April 19, 2010

14-4-2010 Ulangtahun kejayaan rakyat Venezuela menentang rampasan kuasa



Chávez dipilih menjadi Presiden pada 1998 dengan janjian membantu golongan miskin Venezuela yang merupakan golongan majoriti. Beliau dipilih semula dalam pilihan raya 2000 dam 2006. Melalui program reformasinya, "Misi Bolivar" (bahasa Sepanyol:

Misiones Bolivarianas) telah dilancarkan untuk menangani masalah penyakit, mengurangkan kadar buta huru. Hugo Rafael Chávez Frías merupakan Presiden Venezuela terkini. Beliau merupakan ahli politik berhaluan kiri yang bersuara lantang menyokong sosialisme dan integrasi Latin Amerika dan antiimperialisme, seperti dilihat dalam program "Revolusi Sosialis"nya.f, malnutrisi, kemiskinan serta gejala sosial.

Pada tahun 2002, puak kanan Venezuela dengan restu Amerika Syarikat membuat satu rampasan kuasa dimasa Presiden Chavez digulingkan untuk 48 jam tetapi dikembalikan apabila jutaan rakyat berpendapatan rendah membuat revolusi dan mengembalikan Presiden mereka.

Hari ini, kami dijemput oleh Duta VCenezuela sempena ulangtahun ini menonton sebuah filem mengenai rampasan kuasa dan penipuan media pada masa itu. Filem yang sungguh komprehensive memberi secara terperinci bagaimana media memberi gambaran salah semasa rampasan kuasa ini berlaku.

No comments: