ShareThis
Monday, April 19, 2010
14-4-2010 - Hentikan pembunuhan di Thailand
Hari ini PSM termasuk PSM Semenyih membuat bantahan di kedutaan Thailand membantah tindakan tentera Thai menembak mati para kumpulan baju merah yang berhimpun kerana menuntut pilihanraya. PSM menuntut pilihanraya diadakan kerana kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan haram yang tidak pernah menang pilihanraya. Mereka berkuasa melalui tipu-muslihat dan mereka juga cuba mengekang demokrasi dan mengubahsuai perlembagaan untuk menjadikannya lebih tidak demokratik.
PSM menghantar memorandum dan ia diterima oleh Setiausaha Pertama keduataan tersebut. Turut hadir adalah Pengerusi PSM Dr. Nasir Hashim dan Ahli Parlimen Sg. Siput Sdr. Dr. Jeyakumar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment