ShareThis

Wednesday, March 3, 2010

24 Feb 2010 Mesyuarat Penuh Ahli Majlis - saya cuba sekali lagi mengenai bas awam

Saya telah mendapat beberapa jawapan yang menarik kepada soalan-soalan saya dibawah. Jawapan itu akan saya muatkan untut tatapan semua.

USUL, UCAPAN PENANGGUHAN DAN PERSOALAN UNTUK DIBENTANGKAN DALAM MESYUARAT PENUH AHLI MAJLIS ATAU MESYUARAT PEMANTAUAN ADUAN BAGI BULAN
FEBRUARI 2010 – MAJLIS PERBANDARAN KAJANG


1. Pokok dipotong dan ditanam ?


i. Sepanjang tahun 2009, berapakah anggaran pokok yang telah dipotong habis (bukan dicantas dahan) oleh Bahagian Landskap dan apakah anggaran pokok yang telah ditanam semula?

2. Bas Awam dikendalikan oleh Kerajaan Tempatan

i. Saya telah mengemukakan cadangan dalam mesyauarat Ahli Majlis Oktober 2009 supaya MPKJ mengendalikan bas yang beroperasi dalam masa terhad iaitu waktu pagi dan petang dan melalui jalan-jalan utama taman-taman perumahan yang tidak dilalui oleh Pengusaha Bas
ii. Mesyuarat bersetuju untuk satu kajian dijalankan samada cadangan ini adalah feasible atau tidak
iii. Saya ingin mengtehui samada kajian ini telah dilaksanakan dan Jabatan mana yang telah mengendalikan kajian ini.

3. Projek Terbengkalai di Semenyih

i. Apakah Status Perhentian Bas Sentral Semenyih yang kurang mendapat sambutan mahupun dapat memainkan perananya sebagai perhentian bas?
ii. Apakah status terkini gerai-gerai di perhentian bas ini?
iii. Apakah status gerai-gerai yang dibina di tepi sungai dekat Petronas?
iv. Apakah perancangan kita mengenai masadepan gerai-gerai ini ?

4. Yayasan Basmi Kemiskinan


i. Adakah Yayasan Basmi Kemiskinan ini pernah menjalankan apa-apa program di kawasan tadbir MPKJ?
ii. Adakah YBK mengadakan sebarang projek bersama MPKJ dan jika ya apa projek dan nilai kos pengendalian ?
iii. Jika ya, apa projek dan nilai kos pengendalian

5. Isu CF yang melibatkan Taman Sri Tanjung

i. Satu mesyuarat untuk mengadakan perbincangan penyelesaian Masalah CF dengan pemaju dan Penduduk Taman Sri Tanjung mengenai isu CF telah ditangguh untuk sekian lama walaupun telah diminta beberapa kali?
ii. Bolehkah Bahagian Bangunan memberikan satu dateline untuk mengadakan mesyuarat tersebut?

6. Kontrak Sampah

i. Sejak Mac 8, 2008, adakah sebarang kontrakter baru telah dilantik untuk mengutip sampah di kawasan tadbir MPKJ
ii. Sejak tiga tahun kebelakangan ini, pernahkan sebarang Kontrakter sampah dihentikan kontrak kerana didapati beliau sebenarnya bukan kontrater utama tetapi sub-kontrater



Soalan diutarakan Oleh :

Arutchelvan A/l Subramaniams (No telepon 019-2537791)
Ahli Majlis - Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 2009/2010

No comments: