ShareThis

Wednesday, March 3, 2010

2 Mac - Remaja semenyih ditahan EO






Tiga orang ibubapa yang mempunyai anak bersekolah di Semenyih telah membawa kes kepada kami dimana anak mereka kini dalam tahanan 60 hari di Lock-up Semenyih. Jika mereka terus ditahan dibawah Akta darurat, maka masa depan mereka akan binasa. Saya membawa keluarga mereka bersama dan membuat aduan di SUHAKAM. Dato Siva Subramaniam, Pesuruhanja memberi syor bahawa surat akan dihantar kepada KDN.

Antara isi bantahan saya adalah

Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara ini dan amat terkejut apabila mengetahui pelajar sekolah juga boleh ditahan dibawah Akta Darurat dan saya ingin memohon kepada kebijaksanaan YB Menteri supaya mereka yang buat masa ini menjalani penahanan 60 hari tidak akan dilanjutkan tempoh kepada penahanan 2 tahun.

Saya membuat rayuan ini kerana sebagai Ahli Majlis saya berpendapat Tahanan dibawah EO tidak dapat membawa kepada pemulihan tetapi akan memudaratkan lagi masadepan anak-anak muda. Mereka harus diberi peluang pendidikan dan balik kepada pangkuan masyarakat.

Saya dengan ini amat berharap pihak YB Dato Menteri menggunakan kuasa untuk memastikan masa depan anak-anak muda ini dapat diselamatkan. Kebanyakan anak muda ini terjerumus dalam masalah ini dan memerlukan bantuan dan bukan penjara.

No comments: