ShareThis

Saturday, March 27, 2010

18-3-10 Saya istiharkan harta seperti janji pilihanraya dulu







Hanya tiga orang Ahli Majlis istiharkan harta diseluruh negara dan saya berbangga bahawa saya adalah salah seorang daripada mereka, hanya seorang ADUN dan seorang Ahli Parlimen istiharkan harta diseluruh negara. Mengapa mereka berbuat demikian ? Mereka berbuat demikian kerana mereka adalah dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) - iaitu parti yang mengkotakan janji. Kami berbuat demikian kerana kami mahu rakyat tahu bahawa kami masuk politik untuk berkhidmat dan bukan untuk cari wang.

Ini merupakan janji Pilihanraya dalam Pilihanraya lalu dan ini adalah tahun kedua berturut-turut kami mengistiharkan harta. Dr. Nasir ADUN dan Dr. Jeyakumar Ahli Parlimen PSM turut memberikan laporan prestasi setahun mereka.

Dibawah adalah kenyataan rasmi kami.


psm with wording logoMAJLIS PENGISTIHARAN HARTA AHLI PARLIMEN, ADUN DAN AHLI MAJLIS PSM DAN LAPORAN PRESTASI KAWASAN PARLIMEN SUNGAI SIPUT DAN KAWASAN DUN KOTA DAMANSARA

BERSAMA MEMBINA KUASA RAKYAT

18 MAC 2010

1. STATUS TERKINI PSM

· Parti Sosialis Malaysia (PSM) kini mempunyai seorang Ahli Parlimen, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dan Tiga Orang Ahli Majlis Kerajaan tempatan seperti dibawah :

v Dr. Jeyakumar Devaraj – Ahli Parlimen Sungai Siput, Perak

v Dr. Mohd. Nasir Hashim- ADUN Kota Damansara, Selangor

v Panneerselvam Varathan – Ahli Majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)

v A.Sivarajan – Ahli Majlis Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

v S.Arutchelvan – Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

· PSM mempunyai program minima dengan Pakatan Rakyat(PR). Menyokong Manifesto PR semasa Pilihanraya Umum 2008. Mengambil keputusan bersama blok PR di Parlimen dan DUN. (Bukan Bebas). Namun demikian sokongan mestilah sehaluan dengan prinsip dan perjuangan PSM. Jika PR buat usul yang bertentangan dengan Prinsip asas PSM maka wakil PSM di Parlimen dan DUN perlu mempunyai pendirian sendiri (Break- rank)

· Tahun lalu juga akhirnya simbol gengaman tangan PSM telah diluluskan setelah pada awalnya dilarang. Keputusan ini dimaklumkan berdasarkan keputusan mesyuarat pada 15-4-2009 – Mesyuarat SPR ke 692

· Mengeluarkan suratkhabar SOSIALIS Bahasa Melayu sebulan sekali dan suratkahbar Mandarin dan Tamil dua bulan sekali dan Majalah Inggeris- Socailist Pespective Malaysia 6 bulan sekali.

· Menerbitkan 4 buah buku setahun yang lalu (tidak termasuk buletin-buletin lain)

- Malaysia at the Crossroads – A Socialisy Perspective – Jeyakumar Devaraj

- Siri Perjuangan Rakyat

i. Kuasa Rakyat menag di kg. Chekkadi

ii. Bila Singa ditumpaskan –Kisah kemenangan Pekerja ladang Brooklands

- Menyingsing Fajar Perjuangan – antologi Sajak – Dr. Mohd. Nasir Hashim

· PSM juga telah mengadakan Kongres Parti pertama selepas didaftarkan (Kongres ke 11) telah diadakan buat kali pertama secara terbuka antara 29-31 Mei 2009 di Ipoh, Perak.

· PSM juga telah membuat keputusan buat pertama kalinya untuk melibatkan diri dalam perancangan pembentukan Internationale ke 5 yang diusahakan oleh Presiden Huga Chavez – Sosialisma abad ke 21.Sehubungan dengan itu, Timbalan Pengerusi PSM M.Saraswathy telah menghadiri Kongres PSUV (17 November -30 November) dan bertemu dengan Presiden Huga Chavez. Setiausaha Agung PSM juga telah membuat lawatan selama dua minggu ke Venezuela antara 1hb sehingga 12hb. Disember 2009.

· Pada 15hb. November 2009 juga, PSM berjaya mengadakan satu Mesyuarat antara parti-parti kiri di Asia Tenggara. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh parti berhaluan kiri dari Indonesia, Thailand, Phillipines, Singapore dan Malaysia.

· Sejak 12 Februari 2010, Ibupejabat PSM secara rasmi telah berpindah ke pejabat di 22A, Jalan Vivekanada, Brickfields, Kuala Lumpur. Sebelum ini ibupejabat PSM adalah di Subang Perdana, Shah Alam.

· PSM akan membuka sebuah perpustakaan kecil yang akan mengandungi buku-buku kiri dipanggil Pustaka Kiri di Balakong, Cheras.

2. MANIFESTO PSM 2008

· Manifesto PSM 2008 berjudul ’ BERSAMA MEMBINA KUASA RAKYAT”

· Manifesto ini mengandungi 7 perkara pokok

1. Hak Warga pekerja Dijamin

- Intervensi PSM semsa krisis ekonomi

- Kempen Akta Gaji Minima

- Meja Pekerja Migran

- Membantah GST

- Isu meningkatkan gaji

2. Hentikan Polisi Neoliberal – Kesejahteraan Rakyat Tidak Boleh diswastakan

- Kempen menyelamatkan hospital awam

- Bantahan terhadap skim FPP

- Kempen Pendidikan percuma

3. Hentikan FTA (Perjanjian Perdaganan Bebas) dengan Amerika dan Eropah

- FTA dengan Amerika Syarikat telah dibatalkan buat masa ini

4. Perumahan Selasa untuk Rakyat Kota dan Desa

- Isu perumahan Peneroka bandar dan Pekerja ladang

- Penyelengaran rumah pangsa kos rendah dibawah Kerajaan tempatan

5. Politik kaum dan Agama Dihentikan-Kearah membentuk Muhibbah sejati

- Memberi analisa kelas sebagai punca utama

- Membantu menyokong semua mobilisasi

- Membantah segala tindakan perkauman oleh mana-mana pihak

6. Penghapusan rasuah dan salahguna Kuasa

- Polisi dalaman PSM dalam isu peruntukan wang

- Deklarasi harta

- Kerja kuat 5 tahun sebelum boleh dicalonkan calon mana-mana kawasan

- Pilihanraya Kerajaan Tempatan

7. Hentikan Kemusnahan Alam Sekitar

- Kadre 12 – megnenai alam sekitar

Selain daripada itu setiap calon membuat pledge masing-masing dikawasan masing-masing mengikut kepentingan kawasan tersebut

· Persidangan Khas PSM antara 5-6 April 2008 di Pulau Pinang telah mengambil beberapa pendirian pokok untuk menjadikan kawasan yang PSM berkhidmat berlandaskan Model Sosialis

4 KONSEP UTAMA DIAMBIL

· Membina Kuasa Rakyat. Menghancurkan budaya rakyat yang bergantung kepada peruntukan dan subsidi. Beri keutamaan kepada isu-isu yang boleh membina kuasa rakyat, isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat daripada individu, fokus kepada isu pembangunan dan bukan isu handout semata-mata.

· Pemimpin berjiwa rakyat, sentiasa turun padang, berani dan ikhlas. Menghancurkan budaya Fuedal –Rakyat Ampu kepada Pemimpin. Menolak bunga malai, Menolak panggilan YB, berpakaian biasa, tidak hidup mewah, senang didampingi dan tidak angkuh.

· Penyertaan dan penglibatan rakyat dalam pengendalian DUN dan kawasan Parlimen . (Politik dari bawah, bukan dari Atas). Pembentukan MPR yang berbincang mengenai peruntukan, program dan sebagainya, maklumbalas soalan dan jawapan di DUN dan Parlimen dan keluarkan Buletin memberi maklumat kepada media.

· Memberi perkhidmatan yang berkesan, tidak membazir dan membina. Hari berjumpa rakyat, Krisis team, turun padang, Pusat Khidmat mobile. Menganalisa isu, mencari penyelesaian jangkapanjang

KOD ETIKA UNTUK ADUN DAN AHLI PARLIMEN PSM

1. Peratus potongan dalam gaji - 40 % potongan minima gaji.

2. Kehadiran di Parlimen dan DUN– wajib kecuali tidak dapat dielakkan

3. Pengistiharan harta setiap tahun

4. Tidak boleh menjadi Pengarah Badan Koperat yang bermotifkan keuntungan

5. Menghadirkan diri di Pusat Khidmat sekurang-kurangnya sehari dalam seminggu untuk berjumpa dengan rakyat

3. PROGRAM NASIONAL PARTI

i. KEMPEN MEMBANTAH GST - KEMPEN KEGAWATAN EKONOMI

· 25-2-2009 – Parti pertama menyerah Memorandum kepada Menteri Sumber Manusia – Pakej perangsang Kerajaan akan gagal selesaikan maslah warga pekerja. PSM saran 7 langkah darurat atasi krisis ekonomi.

· Satu kajian Impak Krisis ekonomi telah dijalankan pada bulan September 2009 untuk meneliti impak krisis ekonomi. Kajian dijalankan keatas 470 responden dari 5 negeri dan melibatkan 7 sektor. Kajian mendapati

Ø pendapatan kurang 75.8%

Ø Hutang naik – 55%

Ø Tidak dapat bayar ansuran pinjaman -50.9%

Ø Masalah memenuhi keperluan makanan 56.3%

Ø Masalah memenuhi keperluan pendidikan 36.9%

· 2-12-2009 – Memorandum kepada Gobenor Bank Negara Malaysia – Langkah-langkah untuk mengurangkan beban krisis ekonomi terhadap rakyat pendapatan rendah. Mesyuarat susalan dengan bank negara telah diadakan pada 24 Februari 2010

· 9-2-2010- Memorandum kepada YAB Perdana Menteri- Kerajaan harus ganti tempat ceti dan along untuk sediakan skim pinjaman mudah untuk rakyat

· GST

- Forum GST 20-1-2010

- Lebih 70 ceramah kelompok

- Lebih 18 ceramah umum

- 600,000 risalah dalam 3 bahasa

- Lencana

- Sticker kereta

- On-line petition

- PROTES

ii. KEMPEN MEMBANTAH PENGSWASTAAN HOSPITAL DAN PERKHIDMATAN HOSPITAL

1-3-2010 – Mengetuai dan mengadakan bantahan serentak di 4 hospital membantah skim FPP di 4 hospital Sg. Petani, Serdang, Sg. Buloh dan Johor Bharu.

iii. KEMPEN PULIHKAN PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN

· Edar risalah dalam 3 bahasa memberi kesedaran umum apa itu Pilihanraya Kerajaan Tempatan antara 5 Okrober sehingga 15 November 2009

· Seminar Pilihanraya Kerajaan Tempatan 10-4-2010 (rancangan)

· Kesemua tiga orang Ahli Majlis PSM bersedia untuk meletakkan jawatan lantikan bila-bila masa untuk membolehkan pilihanraya kerajaan tempatan diadakan atau membantu kempen pilihanraya Kerajaan Tempatan.

iv. KEMPEN MANSUHKAN ISA

· Ahli Aktif dalam Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)

· Terlibat secara aktif dalam perhimpunan Raksasa Mansuhkan ISA 1 Ogas 2009

· 27-10 -2009 - Pelancaran buku Dr. Nasir – Antologi sajak semasa tahanan ISA dan forum ISA sempena ulangtahun ke 22 Operasi Lalang

Dikeluarkan Oleh

S.Arutchelvan

Setiausaha Agung PSM 18 Mac 2010


No comments: