ShareThis

Saturday, March 27, 2010

16-3-10 Kastam dan penerangan GST - lucu sekali


PSM telah mendapat jemputan untuk menghadiri Penerangan Kastam mengenai cukai GST. Ramai yang dijemput adalah para peniaga dan ada juga orang dari parti politik dan Ahli kesatuan sekerja yang djemput.

Pegawai GST cukup bekerja keras untuk mengatakan dan menerangkan bahawa GST adalah cukai yang amat adil, harga barangan akan turun, amat tranparen dan ia adalah cukai progresif.

Namun demikian, saya merupakan salah seorang yang mendapat tepukan gemuruh setelah saya memanjangkan soalan kepada Pegawai Kastam. Saya berhujah mengenai Akta Gaji Minima dan jurang antara kaya dan miskin, saya mengatakan harga tidak akan turun dan jika turun, Malaysia adalah negara pertama di dunia dimana harga turun setelah GST diimplementasi, dan ini tidak amsuk akal. Saya bercakap pasal rasuah dan mengutuk kerajaan yang baru hendak dapatkan feefback dari rakyat setelah hampir mahu melaksanakannya secara senyap-senyap.

Nampaknya ramai orang awam termasuk kastam setuju dengan hujah saya. Moderator berasa cukup tertekan dan berkata bahawa saya mahu kerajaan jadi Robin Hood - ambil dari kaya dan beri kepada miskin dan ini tidak boleh dipersetujui. Saya menjawab- saya hanya mengikut prinsip dalam sistem zakat. Maka terdiamlah moderator.

Para peniaga pula mempunyai seribu satu persoalan dan banyak daripada soalan mereka tidak dapat jawapan yang meyakinkan.

No comments: