ShareThis

Wednesday, February 10, 2010

29-1-2010 Mesyuarat Penuh Ahli Majlis

Hari ini mesyuarat Penuh Ahli Majlis jatuh pada hari Jumaat dan justeru itu, masa untuk debat adalah terhad.Namun isu-isu yang diutarakan oleh saya dijawab hari ini. Saya menyoal mengenai isu kemiskinan tegar dan masalah kemiskinan di kawasan tadbir MPKJ. Nampaknya MPKJ masih menggunakan dan mendefinasi kemiskinan mengikut data Kerajaan Persekutuan yang jauh berbeza dengan Kerajaan Negeri.

Saya juga menimbulkan mengenai isu tanah untuk rumah ibadat diberikan ditempat yang tidak sesuai. Saya berharap Pegawai MPKJ peka semasa mencadangkan sesuatu kawasan sebagai tapak rumah ibadat.

Saya juga membantah satu cadangan untuk Ahli Majlis bermain bowling setiap bulan kerana berpendirian bowling adalah satu sukan yang mahal dan elitis. Akhirnya cadangan tersebut diubahsuai supaya sukan yang lebih biasa seperti bolasepak dan berbasikal dijadikan sukan untuk Ahli Majlis.

No comments: