ShareThis

Wednesday, February 10, 2010

25 Januari 2010 Desak Geran Tanah untuk Broga



Hari ini, saya bersama dengan Dr. Che Rosli, Ahli Parlimen Hulu Langat bersama dengan Jawatankuasa Kampung Baru Broga telah pergi ke Pejabat Tanah Hulu Langat untuk memberi tekanan supaya geran tanah untuk penduduk Kampung Baru Broga diproses segera. Kami diberitahu bahawa geran tanah hampir siap tetapi sedikit masalah teknikal menyebabkan kelewatan terkini. Saya turut menimbulkan isu mengenai masalah tanah di Kampung Sireh. Pegawai Kawasan Semenyih. Encik Ismail cuba menerangkan kerumitan masalah yang timbul.Nampaknya ada kawasan yang terpaksa dibanci semula. Namun untuk Kampung Broga, nampaknya masalah mereka hampir selesai

No comments: