ShareThis

Friday, December 25, 2009

24 Nov - Gugurkan kes terhadap Cheng Lee Whee




Hari ini saya mengetuai satu delegasi kecil untuk menyerahkan petisyen kepada Ketua Bahagian Pandakwaan, Dato’Tun Abd Majid Bin Tun Hamzah, yang menjadi wakil kepada Peguam Negara YBhg. Tan Sri Abdul Gani Patail yang tidak dapat menghadirkan diri. Dato’Tun Abd Majid memberitahu bahawa beliau akan meneliti kes Cheng sebelum membuat keputusan sama ada meneruskan pendakwaan ke atas Cheng.

Turut bersama saya menyerahkan memerondum adalah Koordinator Suaram E.Nalini, Koordinator Suaram (cawangan Johor Bahru) Fang Pei Fen dan Setiausaha DEMA Yap Heng Lung.Petisyen yang ditandatangani oleh 35 parti dan pertubuhan serta lebih kurang 500 orang individ menuntut menuntut Peguam Negara (Attorney General) mengugurkan semua pendakwaan ke atas saudari Cheng Lee Whee.

Saya memberitahu Tun Majid bahawa apa yang dilakukan oleh Cheng adalah sesuatu yang biasa dilakukan oleh aktivis hak asasi manusia dan meminta pihak kerajaan untuk menggugurkan kes ini kerana ia membazirkan wang rakyat berunsur malafide.

Cheng Lee Whee seorang aktivis Suaram Johor telah ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 28 ISA oleh Polis IPD Seri Alam atas arahan Ketua Polis Negeri Johor, Datuk Mohd. Mokhtar bin Hj.Mohd Shariff selama 19 jam pada 18 Oktober 2008. Beliau ditahan kerana membuat aduan di Portal Polis Kontinjen Johor (www.polisjohor.gov.my) tentang pengusiran paksa yang berlaku di Kampung Baru Pelentong Tengah (KBPT) pada 10.00 pagi 16hb Oktober 2008. Beliau merupakan seorang programer komputer. Menurut seksyen itu, mereka yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau didenda RM5,000 atau kedua-duanya.

No comments: