ShareThis

Tuesday, November 3, 2009

28 Oktober 2009- Mesyuarat Penuh Ahli Majlis

Menjawab satu soalan bertulis saya mengenai urusan banting dan sepanduk didapati jumlah kutipan oleh MPKJ dalam masa 6 bulan tahun ini mengatasi jumlah kutipan semasa ia diswastakan kepada KC Biz. Sdn. Bhd selama 9 bulan tahun lalu. Ini bererti pihak Ahli Majlis telah membuat tindakan yang betul menamatkan kontrak projek outsourcing ini.

Berikut adalah soalan saya untuk Mesyuarat Penuh Ahli Majlis bulan ini

USUL, UCAPAN PENANGGUHAN DAN PERSOALAN UNTUK DIBENTANGKAN DALAM MESYUARAT PENUH AHLI MAJLIS ATAU MESYUARAT PEMANTAUAN ADUAN BAGI BULAN OKTOBER 2009 – MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

1. Bas Awam dikendalikan oleh Kerajaan Tempatan

i. Perkhidmatan bas awam adalah satu tanggungjawab sosial yang harus dikendalikan oleh kerajaan.
ii. Pengswastaan perkhidmatan awam ini menyebabkan bas tidak pergi ke semua lokasi dan pengusaha bas hanya pergi ke destinasi dimana mereka boleh mendapat keuntungan.
iii. Alasan yang biasa dikatakan adalah laluan bas tersebut tiada penumpang dan tidak menguntungkan.
iv. Namun adalah tanggungjawab kerajaan semua peringkat termasuk kerajaan tempatan untuk memastikan sistem pengangkutan awam ini adalah “accessible” kepada semua golongan rakyat.
v. Adalah cadangan saya MPKJ mengendalikan bas yang beroperasi dalam masa terhad iaitu waktu pagi dan petang dan melalui jalan-jalan utama taman-taman perumahan yang tidak dilalui oleh Pengusaha Bas
vi. Di zon saya dan kawasan persekitaran, penduduk meminta bas memasuki kawasan perumahan antaranya Bandar Teknologi, Bandar Rinching, Semenyih Pelangi dan Kesuma.

2. Masalah Rumah Kosong terbiar dan isu kesihatan

i. Saya telah mengungkitkan isu ini termasuk memberi alamat rumah kosong tetapi mendapati tidak ada satu tindakan mahupun satu proses yang jelas.
ii. Saya mendapati ada beberapa pihak terlibat seperti bahagian perkhidmatan Bandar dan Kesihatan, Bahagian Perundangan, Bahagian Hasil dan Urus harta dan penguatkuasa
iii. Saya ingin mengetahui Jabatan mana akan mengetuai (anchor) isu ini dan bagaimanakan pelan tindakan (carta aliran tindakan)
iv. Setakat ini berapa banyak rumah kosong terbiar yang telah diambil tindakan .


Soalan diutarakan Oleh :


Arutchelvan A/l Subramaniams (No telepon 019-2537791)
Ahli Majlis - Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 2009/2010

No comments: