ShareThis

Tuesday, November 3, 2009

27 Oktober - pelancaran antologi sajak Dr. Nasir





Hari ini adalah ulangtahun ke 22 Operasi lalang dimana 107 aktivis sosial dan politik ditahan oleh Dr. Mahathir. Beberapa akhbar juga ditutup. Salah seorang tahanan adalah Dr. Nasir Hashim yang kini adalah Pengerusi PSM dan ADUN Kota Damansara.

Hari ini beliau melancarkan antologi sajak "Menyingsing fajar perjuangan". Buku ini dilancarkan setelah nyanyian lagu Anti ISA oleh Meor. Ia diikuti oleh ucapan Dr. Nasir dan paling menarik adalah ucapan anaknya Ammy iaitu yang hanya berumur 5 tahun semasa Nasir ditahan. Ucapan Ammy cukup menarik dan penh dengan emosi.

Selepas pelancaran buku, satu forum diadakan dipengerusikan oleh Syed Ibrahim - Pengerusi GMI. Dua tokoh dan bekas tahanan iaitu Dr. Kua Kia Soong dan Khalid Samad- Ahli Parlimen Shah Alam memberi komen mereka tentang ISA.

Para hadirin cukup baik dan dewan penuh sepanjang masa pelancaran diadakan.

No comments: