ShareThis

Wednesday, September 23, 2009

18 Sept – Perumahan Teres untuk pekerja ladang Semenyih



Hari ini satu mesyuarat telah diadakan di pejabat zon 18 dengan bekas pekerja Ladang Semenyih. Ladang mereka telah dijual pada April 2004 dan sebahagian mereka masih menetap disana kerana menanti rumah yang dijanjikan oleh majikan mereka. baru-baru ini mereka mendapat berita baik bahawa ada projek perumahan kos rendah akan dibina di Ladang mereka. Hari ini saya berbincang dengan mereka mengenai cadangan ini dan menunjukkan lokasi kawasan perumahan tersebut. Namun demikian, pekerja tersebut risau kerana takut lokasi dekat dengan sungai Ladang tersebut yang sering banjir. Mereka juga tidak mendapat gambaran mengenai saiz sebenar rumah mereka dan perlu membuat lebih siasatan.

No comments: