ShareThis

Wednesday, September 23, 2009

17 Sept - Lawat JMB Taman Cheras Perdana Ria



Hari ini saya mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi dan Setiausaha Badan Pengurusan Bersama Taman Cheras Perdana Ria, di batu 11, Cheras. Pengerusinya Encik Muktiar Singh mengadu mengenai pihak luar yang membuang sampah di Apartment mereka dan juga Setiausahanya Tan Kok Bing melahirkan rasa tertipu kerana semasa membeli Pangsapuri ini, beliau tidak diberitahu bahawa tanah kosong disebelah apartmen mereka adalah tanah perkuburan. Mereka mahukan pihak MPKJ membuat tembok antara taman mereka dengan MPKJ. Saya sudah merujuk kepada pihak MPKJ yang mengatakan bahawa ia adalah tanggungjawab pemaju untuk berbuat demikian. Lawatan saya sedikit sebanyak dapat memberi gambaran mengenai kilang yang amat berhampiran dengan pangsapuri mereka. Di satu sebelah ada kubur manakala sebelah lain ada kilang-kilang pula. Saya pelik bagaimana perancangan dibuat masa itu. Turut hadir adalah AJK PSM Kajang termasuk pengerusinya D.Ganesan.

No comments: