ShareThis

Monday, August 10, 2009

4 Ogos - Aduan Polis terhadap IGP



Hari ini, saya bersama aktivis dari Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) membuat satu aduan polis terhadap Ketua Polis Negara atas sikap dan tindakan beliau cuba mengagalkan perhimpunan rakyat membantah ISA pada 1hb. ogos 2009. Aduan kami antaranya melingkungi persoalan keganasan polis dalam menggunakan gas pemedih mata, penahanan secara membabi buta, sekatan jalan yang tidak munasabah dan mencederakan orang awam dan peserta perhimpunan. Di luar negara, polis akan bekerjasama menjaga trafik untuk memastikan kejayaan perhimpunan manakala disini polis menyekat hak demokrasi rakyat untuk berhimpun secara aman.

No comments: