ShareThis

Saturday, August 29, 2009

29 Ogos 09 - BUAT ADUAN POLIS KUTUK TINDAKAN PERKAUMAN





Saya cukup marah semalam melihat imej lebihkurang 50 orang petunjuk perasaan yang membawa kepala lembu dimana mereka telah membuat perarakan kepala lembu sebagai membantah cadangan pindahan kuil Hindu di seksyen 23, Shah Alam.

Saya tidak membantah isu perhimpunan atau isu perhimpunan tanpa permit. Yang saya amat kecewa adalah tindakan ini cukup rasis dan perkauman. Ia dibuat tanpa sebarang sikap menghormati hak dan agama orang lain. Hari ini. Saya gembira kerana bersama saya ada ramai orang Melayu Islam yang turut membuat aduan polis atas tindakan kumpulan ini.

Dibawah adalah sedutan kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,
“Sementara menunggu tarikh perjumpaan tersebut, katanya, kerajaan negeri menggesa penduduk berkenaan supaya bertenang dan tidak dipengaruhi fakta-fakta yang tidak benar “yang sengaja diapi-apikan oleh kumpulan yang memang berniat jahat terhadap keharmonian rakyat dan kestabilan politik kerajaan Selangor”.

“Sekali lagi, marilah kita sama-sama memelihara sikap bertimbang rasa, rasional dan saling hormat menghormati kerana inilah cara terbaik bagi menyelesaikan hal ini,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Kerajaan negeri, katanya, kesal dengan tindakan menghina, menghasut dan menimbulkan kemarahan di kalangan penganut agama lain yang diapi-apikan oleh segelintir kumpulan pembantah yang berarak membawa kepala lembu sebagai tindakan membantah pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam.

Abdul Khalid berkata, ketika rakyat sedang bersiap sedia untuk menyambut Kemerdekaan negara, sikap tidak bertolak ansur terhadap agama lain yang masih wujud di kalangan segelintir rakyat Malaysia itu, sangatlah dikesali.

“Kejadian dan tindakan menghina agama orang lain itu menyebabkan seluruh negara ini dilihat undur kebelakang dalam usaha mewujudkan rasa hormat terhadap kepelbagaian agama dan adat resam dalam kalangan penduduk pelbagai keturunan. “


Hari ini saya membuat aduan polis terhadap kumpulan ini dan juga pihak polis yang tidak mahu mengambil tindakan semalam. Turut membuat aduan polis adalah Ahli Majlis MPSA PSM , Sdr. A.Sivarajan.

PSM amat kesal atas insiden ini dan mengutuk sekeras-kerasnya sebarang cubaan oleh mana-mana pihak untuk menimbulkan ketegangan kaum.

1 comment:

Muhammad SAfuan said...

hai
visit my blog
selamat puasa

tradingtaniapan.blogspot.com

sebar2kan kepada warga semenyih

=)