ShareThis

Saturday, August 29, 2009

28 Ogas - 9 soalan yang dikemukan untuk Mesyuarat Penuh Ahli Majlis

Mesyuarat Ahli Majlis kali ini cukup hebat dan hangat. Dua isu menjadi kontroversi apabila Ahli Majlis meminta dibatalkan sahaja 5 Kontrakter Alam Flora yang paling banyak mendapat aduan. Selain itu isu Pasar ramadan di Tesco Kajang juga menjadi kontroversi apabila ada pihak yang tidak mendapat kelulusan telah membuka pasar Ramadan. Pihak YDP terpaksa campurtangan.

Dibawah adalah soalan yang saya utarakan :

USUL, UCAPAN PENANGGUHAN DAN PERSOALAN UNTUK DIBENTANGKAN DALAM MESYUARAT PENUH AHLI MAJLIS OGOS 2009 – MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

1. Balai Polis/Pondok Polis

i. Apakah kreteria yang perlu ada untuk sesebuah taman atau kawasan perumahan mempunyai khidmat Balai Polis atau Pondok polis.
ii. Siapakah membuat keputusan dan memberikan kelulusan atau kebenaran untuk sebarang pembinaan Balai Polis di kawasan perumahan.
iii. Siapakah membiayai kos pembinaan Balai tersebut?
iv. Adakah tanah diperuntukan untuk setiap kawasan perumahan untuk tujuan ini

2. Bandar Semenyih

i. Adalah difahamkan bahawa status Pekan Semenyih sudah bertukar kepada status Bandar dan jumlah penduduk juga telah meningkat ekoran pembinaan Universiti Nottingham dan juga cadangan penempatan Polis Pasukan Gerakan Am(PGA) di Semenyih
ii. Selaras dengan peningkatan status ke Bandar Semenyih, apakah kemudahan infrastruktur dan kemajuan yang telah dan akan dibuat untuk merealisasi Semenyih sebagai sebuah Bandar.
iii. Adakah sebarang piawaian untuk membezakan sebuah pekan dan sebuah Bandar ?

3. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

i. Sejak SPRM diluluskan di Dewan Rakyat pada Disember 2008, adakah terdapat mana-mana Pegawai atau Ahli Majlis disiasat oleh SPRM?
ii. Adakah sebarang dokumen diambil atau dirampas oleh SPRM untuk tujuan siasatan di kawasan MPKJ?
iii. Adakah garispanduan Kerajaan Negeri untuk Pejabat ADUN juga digunapakai untuk MPKJ atau adakah sebarang garispanduan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri untuk diikuti oleh MPKJ atau PBT berkait dengan SPRM.

4. Pembinaan Sub-station TNB di kawasan perumahan

i. Sila kemukakan pelan asal Projek di Bukit Semenyih untuk mengenalpasti samada Bangunan TNB substation memang bercantum dengan rumah dalam pelan asal yang diluluskan
ii. Kesan daripada masalah di Bukit Semenyih, adakah MPKJ mempunyai sebarang kreteria dan syarat baru untuk pembinaan sub-station di kawasan baru


5. Perhentian Bas Sentral Semenyih


i. Bas awam tidak pergi ke Perhentian Bas Sentral. Ini menyukarkan peniaga disana dan juga pemandu texi sah di Semenyih kerana tiada penumpang
ii. Mesyuarat Infrastruktur mencadangkan Perhentian bas tersebut digazet supaya ia akan memaksa pemandu bas melalui Perhentian bas tersebut dan untuk membolehkan kerja-kerja penguatkuasaan dilakukan.
iii. Bilakah dan berapa lama proses mengazet perhentian bas ini akan dilakukan?
iv. Apakah langkah yang akan diambil untuk membenteras perniagaan kereta sapu di kawasan Semenyih?

6. Kemiskinan Bandar


i. Penerimaan permohonan Borang kemiskinan Bandar difahamkan sudah dibekukan.
ii. Apakah sebab untuk pembekuan ini dan bilakah ia akan diproses semula ?
iii. Sejak tahun 2008, berapa banyak permohonan yang telah diterima dan berapa banyak orangkah yang sudah menerima bantuan dari Program pembasmian Kemiskinan Bandar ini?

7. Perumahan Kos rendah


i. Berapa banyak rumah kos rendah yang sudah siap dibina yang masih belum didiami orang?
ii. Berapakah banyak permohonan untuk perumahan kos rendah telah diterima dalam kawasan jajahan MPKJ?
iii. Satu bancian baru untuk setinggan dijangka diadakan sebelum akhir tahun ini. Adakah MPKJ terlibat dalam bancian ini ?

8. Taman Permainan

i. Vandalism merupakan satu masalah di kawasan Taman permainan.
ii. Bolehkah Taman permainan ini diletakkan dibawah kawalan Persatuan Penduduk dimana satu bajet diberikan untuk mereka menyelenggarakan Taman permainan tersebut.
iii. Dengan cara ini ada sifat tanggungjawab oleh penduduk tempatan ( a sense of belonging)

9. Papan tanda – Kontraktar Sampah

i. Dulu pernah disarankan bahawa setiap taman perumahan akan mempunyai papantandan mengenai tarikh pengutipan sampah, nama kontrakter, Pengawas MPKJ dan Ahli Majlis. Bilakan cadangan ini akan diimplementasi?

Arutchelvan A/l Subramaniams (No telepon 019-2537791)
Ahli Majlis - Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 2009/2010

No comments: