ShareThis

Wednesday, July 29, 2009

24 Julai 09- Ceramah Mansuh ISA di Kajang








Satu ceramah dalam siri mansuhkan ISA menjelang perhimpunan besar membantah ISA 1 Ogos diadakan pada hari Jumaat di Kajang. Sya adalah salah seorang penceramah bersama Cikgu Lee - ADUN Kajang, Sdr. Mohd Sabu dari PAS, Sdr Teng Chang Khim - Yang Dipertua DUN Selangor dan Norlaila- isteri tahanan ISA. Seramai 700 orang menghadiri ceramah ini. Ramai juga polis yang datang untuk memantau ceramah ini. Sdr Sabu berceramah sehingga hampir tengah malam dan para hadirin terpegun dengan ceramah beliau.

1 OGOS 2009 !
TURUN UNTUK KUBURKAN ISA

49 tahun yang lalu, pada 1hb. Ogos 1960, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah digubal di Parlimen Malaya oleh Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC.

Akta zalim ini telah digunakan oleh semua Perdana Menteri Malaysia, dari Tengku Abdul Rahman sehingga Datuk Seri Najib Razak. Ia telah digunakan terhadap semua kaum dan agama di negara ini. Ia berjaya membenteras gerakan mahasiswa, gerakan pekerja dan gerakan reformasi. Ia berjaya memenjarakan pemimpin politik pelbagai aliran dan idelogi politik.

Ia adalah senjata yang paling berbisa dimiliki oleh Parti Perikatan dulu dan Barisan Nasional sekarang untuk menentang hak demokrasi dan kebebasan rakyat.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyeru segala ahli parti dan barisan fron parti untuk turun beramai-ramai untuk menuntut akta zalim ISA dibubarkan, Kem kamunting ditutup dan tahanan dibebaskan. Jadikan 1 Ogas, sebagai tarikh memprotes akta yang maha zalim ini.

Hak berhimpun secara aman adalah hak demokrasi rakyat Malaysia dan PSM menyeru pihak polis untuk menghormati hak ini dan tidak membuat sebarang tindakan untuk mencabul hak ini.

Cukup sudah kesengsaraan ISA ! Marilah kita sama-sama menguburkan akta zalim ini.


S.Arutchelvan
Setiausaha Agung
Telephone: 019-2537791

No comments: