ShareThis

Tuesday, July 7, 2009

5 Julai 2 petang - Kini Kg Sirih dibawah bidang kuasa MPKj




Untuk sekian lama, Kampung Sirih yang terletak berhampiran dengan kampung Baru Semenyih agak terbiar. Semak samun, longkang tak teratur, tiada lampu dan sampah bertaburan menjadi senario hidup harian mereka. Apabila kami mula membuat aduan tentang kes ini, Nasib Kg Sirih umpama bola yang disepak kesana kesini tanpa mana-mana pihak mahu mengambil tanggungjawab. MPKJ katakan Bidangkuasa Pembangunan Luar bandar, Kementerian kata bawa Pejabat Tanah dan Pejabat Tanah pula kata bawah MPKj.Akhirnya keputusan diambil bahawa mulai 1hb. Julai, ia akan dibawah bidangkuasa MPKj. Hari ini kami menerangkan kepada penduduk disana keputusan ini kerana ada yang keliru mendapat notis dari majlis padahal tiada perkhidmatan diberikan oleh majlis. Ramai penduduk juga merunggut bahawa penduduk tempatan tidak mendapat tanah ini kerana MIC memberi kapada orang mereka yang tinggal di luar sehingga menyebabkan ramai lot yang ada sekarang terabai dan penuh denagansemak samun. Selain itu, isu kuil tiada geran tanah juga diutarakan. Saya memberi nasihat bahawa hanya dengan kerjasama dan kuasa mereka bersama sahaja dapat mencari penyelesaian. Namun setelah bertahun-tahun, akhirnya kita tahu kini ada pihak bertanggungjawab keatas tanah mereka.Ini adalah satu berita baik.

No comments: