ShareThis

Friday, April 3, 2009

2 April 2009 PENDUDUK SUNGAI SEKAMAT TOLAK PERKUBURAN BERSEPADU





Dalam diolog yang diadakan hari ini yang dianjurkan oleh Ketua Kampung Sungai Sekamat Ahmad Shukor dan Ahli Majlis zon 7 Dato Mustafa Kamal , rata rata masyarakat yang datang ke sesi dialog ini membantah cadangan Projek Taman Pusara di Sungai Sekamat.
Antara alasan mereka ialah utama ialah kawasan Sungai Sekamat adalah kawasan yang hampir kesemuanya penduduk Melayu dan beragama Islam. Mereka berpendapat membina Taman Pusara bersepadu tidak sensitif dan tidak bijak. Mereka juga rata-rata tidak mengetahui tentang proses Rancangan Tempatan Cheras yang telah diluluskan setelah dimaklumkan kepada umum.
Isu ini menjadi hangat apabila ia dikeluarkan dalam blog http://psmsemenyih.blogspot.com. Mengenai pembinaan krematorium. Sejak itu, PSM Semenyih ada mengeluarkan beberapa lagi penejlasan tetapi isu posting pertama ini yang menjadi isu penting hari ini.
Pada awal sesi, Penerangan diberikan oleh Encik Nizam Sahari dari MPKj selaku Ketua Jabatan Perancangan Pembangunan. Projek ini sebenarnya dirancang oleh kerajaan sebelumnya dan notis telah dikeluarkan dalam Akhbar, radio, poster dan kain rentang. Pameran dan bantahan umum juga telah diadakan . Sedihnya, tidak ada sebarang bantahan mengenai tapak pusara ini dan pada 13 November 2003, deraf rancangan ini telah diluluskan. Akhirnya Rancangan tempatan ini telah diwartakan pada 14 Jun 2007 dengan nombor warta No 1544.
Namun hari ini, mereka yang hadir tidak mengetahui tentang proses bantahan dulunya dan ada yang mendakwa pada masa itu, mereka masih belum menetap di kawasan ini. Encik Nizam telah memberi syor bahawa keputusan belum muktamat dan boleh berubah. Beliau juga meminta penduduk memberikan bantahan secara bertulis.
Saya juga memberikan penerangan bahawa tujuan saya menulis dalam blog adalah untuk telus dan transparen. Saya juga turut berkata dalam Agenda 21, rakyat boleh membantah dan projek tidak boleh dilaksanakan, jika rakyat tempatan tidak setuju. Ada juga yang berterimakasih bahawa isu ini keluar dalam blog, kalau tidak mereka tidak akan mengetahuinya.
Semasa dialog memang hangat sekali. Saya juga cukup gembira apabila Ketua Kampung memberitahu, kita luahkan cara ini dan jika mereka teruskan, maka beliau sendiri akan turun dan buat bantahan dan demonstrasi . Ingin juga saya berterima kasih kepada Suzardi Maulan yang dengan gigih membantah projek ini dengan pelbagai saluran sehingga dialog hari ini diadakan. Inilah kuasa rakyat !
Merenung dialog pada hari ini, saya berpendapat cara Deraf rancangan dipaparkan sebelum ini harus ditukar. Ini adalah kerana deraf ini adalah mahal dan ramai orang tidak mampu membelinya. Dan jika orang pergi melihat pamiran pun, kemungkinan besar mereka tidak akan faham kerana banyak terma teknikal yang digunakan. Cara terbaik adalah ia dibincang diperingkat akarumbi.
Hari ini juga terdedah bahawa Kerajaan sebelum ini tidak pernah membawa isu ini untuk perhatian penduduk. Jika isu ini didedahkan dulu, kemungkinan besar kita tidak perlu berdebat tentangnya hari ini.
Namum, bantahan yang dipamirkan penduduk hari ini kemungkinan besar akan menyebabkan pihak Majlis menilai kembali cadangan ini. Namun hakikat saintifik adalah orang akan mati dan kita memerlukan kubur dan krematorium pada masa depan. Untuk orang yang mati hari ini dan untuk diri kita yang akan mati satu hari nanti. Maka krematorium dan kubur ini harus dilihat sebagai satu infrastruktur perlu untuk masyarakat. Persoalan adalah adakah konsep perkuburan harus diasingkan antara kaum atau adakah perkuburan bersepadu satu konsep baru pada masa depan.
Dari kecil kita dipisahkan dengan sentimen perkauman dan agama yang tebal dan ia akan mengambil masa untuk konsep perkuburan bersepadu ini dapat diterima. Namun saya berharap anak cucu kita dapat hidup dengan suasana harmoni, adil dan saksama pada amsa depan.
Bagi saya, saya sudah mendengar keluhan rakyat Sungai Sekamat. Bantahan mereka ada asasnya dan dipersetujui ramai. Kini Majlis dalam proses mencari tapak alternative. Ada bebeberapa tapak alternative sudah dikenalpasti.
Suara Rakyat Suara Keramat. Rakyat mempunyai hak dan kuasa menuntut perubahan

2 comments:

Pakdi said...

terima kasih Arul dan MPKJ.

kami kesal kerana Ketua Kampung, JKKK yang lama dan ahli Majlis yang lama, yang patut jaga kawasan Sg Sekamat tidak buat kerja. Ini sikap yang tidak bertanggungjawab. Patutlah mereka tidak hadir malam tadi. Kalau sudah digazet, mereka mesti sudah tahu punya.

Betul tu Arul, kita hidup 50 tahun dalam kepompong perkauman. Susah nak ubah. Tetapi usaha perlu dibuat dari sekarang. Mungkin waktu kita hidup, kita tak dapat tengok, tetapi 20-30 tahun lagi, ia boleh dicapai.

Terima kasih sekali lagi.

Makhal Sakti!

Suzardi
Sg Sekamat

AC said...

Taniah En. Arul.