ShareThis

Wednesday, March 4, 2009

28-2-09 – Jalan 4/6 Tasek Semenyih, mangsa setiap kali hujan





Hujan yang lebat turut menyebabkan beberapa kawasan bersebelahan Jalan menuju ke Broga banjir. Saya turut mendapat panggilan telepon dari Abdul Basir dari Taman Tasek Semenyih. Saya kemudian ke Taman Tasek Semenyih dimana saya diberitahu bahawa Jalan 4/6 yang ebrada di kawasan tanah rendah sering kali banjir setiap kali hujan lebat turun. Saya dan pasukan PSM kemudian meninjau kawasan tersebut. Memang longkang disana tidak dapat menampung aliran air yang deras dari kawasan tanah tinggi bersebelahan menyebabakan air melimpah dan kawasan ini banjir. Saya telah membawa isu ini kepada perhatian YDP dan Pegawai MPKJ. Pegawai MPKJ kemudian telah membuat lawatan dan telah memaklumban bahawa mereka akan cuba memperbaiki keadaan ini. Saya difahamkan bahawa MPKJ akan menggunakan peruntukan wang dari wang pemaju kawasan ini untuk mengatasi masalah ini. Saya juga telah meminta MPKJ mnenyiasat Projek di kawasan bersebelahan jalan ini.

No comments: