ShareThis

Wednesday, March 4, 2009

28-2-09 – Adakah Pemaju Berjaya membeli hati Penduduk Bukit Semenyih?




Setelah berjuang sekian lama untuk memastikan Menara Digi tidak dapat didirikan di Bukit Semenyih, kini terdapat satu cerita bahawa Pemaju di kawasan tersebut telah mempengaruhi hampir keseluruhan penduduk untuk bersetuju untuk membina Menara Telekomunikasi ini. Berita ini diberitahu kepada saya oleh wakil Pemaju sendiri. Untuk mendapatkan penjelasan sebenarnya, kami telah pergi ke kawasan perumahan pangsapuri disana. Saya telah bertanya soalan dan majoriti yang datang tidak pasti manakala mereka memberitahu mereka hanya mendapat surat survey. Ramai yang tidak tandatangan. Ada yang memberitahu bahawa pemaju telah menipu dengan berkata majoriti tidak sokong pembinaan menara. Saya meletakkan balik keputusan kepada penduduk disana kerana merekalah yang harus membuat keputusan samada menara harus naik atau tidak. Saya juga difahamkan Pemaju bersedia untuk melepaskan wang penyelenggaran pangsapuri untuk satu tahun jika penduduk setuju membenarkan DIGI membina menara ini.

No comments: