ShareThis

Wednesday, March 4, 2009

27-2-09 Akhirnya Krematorium di Kajang



Seluas 73 ekar tanah telah dikenalpasti dekat dengan Sungai Sekamat untuk pembinaan Pusara yang akan mengandungi tempat perkuburan orang Islam, Buddha, Hindu dan Kristian di satu lokasi termasuk crematorium.

Perbincangan awal telah diadakan dalam mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur dan kemudian telah diluluskan dalam Mesyuarat Penuh Ahli Majlis. Satu jawatankuasa tujuh orag telah dibentuk dimana saya adalah salah seorang Ahlinya. Dalam mesyuarat Ahli Majlis, kami telah menegaskan bahawa perkara yang paling pokok ialah pembinaan crematorium kerana buat masa ini, orangramai terpaksa pergi ke Cheras atau Seremban untuk mendapat khidmat krematorium elektrik atau gas.

Saya juga dalam mesyuarat telah meminta langkah prihatin diambil semasa pembersihan hutan supaya projek ini tidak menimbulkan malapetaka alam sekitar dan menimbulkan lebih banyak banjir di Kajang. Dato YDP mengsyorkan bahawa pembangunan pusara ini akan dijalankan berperingkat-peringkat.

Ingin juga saya menegaskan untuk projek perumahan dibawah 500 ekar, wang sebanyak RM 62.50 dikutip untuk tujuan membina tapak perkuburan. Kini Pejabat Tanah mempunyai lebihkurang RM 6 juta yang akan disalurkan sebagai wang pendahuluan untuk pembinaan pusara di kajang ini..

Pada hari ini, Ahli Majlis mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan pembinaan pusara bersepadu ini

7 comments:

as said...

Assalam..takder tempat lain ker nak buat tanah krematorium kerana penduduk2 majoriti berugama ISLAM.

as said...

PENDUDUK-PENDUDUK DI PERSEKITARAN AKAN MENGADAKAN PROTES SEBAB-SEBAB YANG DINYATAKAN SEPERTI DIATAS

Unknown said...

takan takde tempat lain nak buat benda-benda nie.. cubalah tengok keadaan sekeliling tapak projek tu, kan majoritinya penduduk melayu ISLAM.. carilah tempat lain yang lebih sesuai.. Respectla skit kat org melayu..

Unknown said...

JANGAN...!!!!
KAMI TAK BAGI..!!!

as said...

Ini semua tak perlu kerana di Sg. Sekamat dah ada Perkuburan Islam, Bangsa Cina pun dah ada memorial,,, di Batangsi kalau boleh nak buat krematorium buat di majoriti kaum India RINCHING ker... apa kata Saudara ARUL...

Pakdi said...

Kami BANTAH.

Orang Broga tak suka insinerator.
Orang Kg Sg Sekamat tak suka krematorium

http://pemikir.blogspot.com/2009/03/kami-bantah-krematorium-kajang.html

Anonymous said...

mahu bersosial sejauh manakah kalian,

jika sampai sensitiviti penduduk setempat pun tidak diambil kira?

tidak lama parti ini akan bertapak jika begini caranya.

mudah-mudahan kalian berfikir semula sebelum perkara lain terjadi.