ShareThis

Wednesday, March 4, 2009

26-2-09 Hakisan Sungai Bangi semakin dekat dengan rumah penduduk





Hujan lebat yang turun kebelakangan ini telah menyebabkan tebing sungai Bangi runtuh dan seterusnya mengancam rumah-rumah bekas pekerja Ladang Bangi. Turut hadir bersama saya ialah Ahli Majlis kawasan iaitu Sdr. Mazwan. Sdr. Mazwan berjanji akan menghubungi Pejabat Tanah manakala saya telah menghantar fax kepada Pengurus Ladang tersebut.

Pengurus ladang tersebut kemudian memberitahu saya bahawa beliau sudah melaporkan kepada pihak atasan dan mereka akan mengambil langkah memperbaiki tebing jambatan yang roboh dan langkah keselamatan yang lain.

No comments: