ShareThis

Thursday, October 16, 2008

ALAM FLORA , MPKJ TURUN KE TAMAN MANIKAVASAGAM





Ekoran aduan rakyat kepada Ahli Majlis Sdr. Arul semasa Program Majlis Perundingan Rakyat di Taman Manikavasagam maka Sdr. Arul telah mengatur satu perjumpaan antara Kontrakter Alam Flora, Pegawai Pemantau Alam Flora dan Pegawas MPKJ untuk datang dan mendengar sendiri keluhan dari penduduk di Taman Tan Sri Manikavasagam.

Antara isu-isu yang diutarakan semasa Program pertemuan rakyat dan aduan kepada Pejabat PSM adalah aduan mengenai isu masalah sampah, longkang dan rumput yang tidak dipotong di Taman Manikavasagam,

Lawatan meninjau kawasan dan diolog dengan JK Penduduk dihadiri antaranya oleh En. Mohd Yazid bin Yahaya (Pegawai Pengawas MPKj T. Manikavasagam), En Sharifuddin (Alam Flora Sdn. Bhd) dan En. Herman( Kontraktor Alam Flora)

Penduduk telah memberitahu rumput tidak dipotong secara kerap serta semak samun di rumah kosong telah menyebabkan masalah ular dan penyakit. Sampah sarap juga tidak dapat dipungut secara sistematik kerana kebanyakkan rumah tiada tong sampah. Daripada perbincangan En. Sharufuddin meminta setiap rumah perlu menyediakan tong sampah bagi memudahkan kerja memungut sampah.

Beliau juga berjanji sampah akan dikutip tiga kali seminggu iaitu hari selasa, khamis dan sabtu, longkang akan dicuci sebulan sekali dan rumput akan dipotong tiga minggu sekali.

Beliau meminta penduduk membuat laporan pada beliau sekiranya perkara-perkara di atas tidak dilaksanakan seperti yang dijadualkan. Saudara Arutchelvan juga telah meminta penduduk taman mengadakan satu mesyuarat antara penduduk bagi menyelesaikan masalah tong sampah di rumah masing-masing sementera ada juga masalah mengenai reban ayam dan sebagainya yang perlu dibincangkan secara dalaman antara penduiduk disana.

Lawatan dan tinjauan juga berjaya mengenalpasti pelbagai masalah yang wujud dan terapat banyak isu lain yang perlu ditangani.

1 comment:

layarbahtera said...

PERINGATAN HARI KIAMAT DARI AL-MASIH

————————————————–

( SULIT DAN PERSENDIRIAN )

Salinan kepada:

Yang Di Pertuan Agong Malaysia ( Baginda Sultan Mizan )

Pejabat Istana Negara ( u/p Ust. Abd Aziz, Ust. Abd Rahman)

Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (u/p Mufti)

Pejabat Perdana Menteri Malaysia

—————————————————

JUMAAT 3 OKTOBER 2008

Sila layari www.layarbahtera.com . Terima Kasih